PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khairy Jamaluddin bagi mencabar saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya berhubung kenyataan beliau mengenai perlakuan tidak bermoral yang difailkan 14 tahun lepas.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Darryl Goon Siew Chye dan Datuk Ghazali Cha dalam keputusan sebulat suara memutuskan bahawa tiada kesilapan boleh merayu yang memerlukan campur tangan rayuan.
Goon, yang membacakan keputusan itu berkata kenyataan yang dipertikaikan oleh Khairy, dalam pilihan analogi dan kiasan dalam makna sejadi dan biasa, mampu memfitnah Anwar.
"Hakim perbicaraan yang arif telah mengambil kenyataan yang dipersoalkan dalam konteks termasuk kiasan yang digunakan dan yang merumuskan bahawa makna biasa dan sejadi bagi pernyataan yang dipersoalkan dengan implikasi dan/atau inferens, kedua-duanya mampu menjadi, dan sebenarnya, memfitnah, seperti yang dinyatakan dalam penghakiman hakim perbicaraan," katanya.
Mengenai kuantum ganti rugi RM150,000 yang diberikan kepada Anwar, Goon berkata mahkamah tidak mendapati ganjaran itu secara nyata berlebihan dan tiada justifikasi untuk sebarang campur tangan rayuan.
"Oleh itu kami mendapati tiada merit untuk rayuan ini, dan oleh itu rayuan ditolak. Keputusan hakim Mahkamah Tinggi disahkan, " kata Goon yang turut menganugerahkan kos sebanyak RM50,000 kepada responden (Anwar) dalam prosiding secara maya hari ini.
BACA: Rayuan Khairy berhubung saman fitnah Anwar terhadapnya diputuskan 7 Februari depan
Sementara itu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khairy untuk meminda pernyataan pembelaannya berhubung saman fitnah oleh Anwar.
"Kami mendapati tiada kesilapan yang boleh dirayu di pihak hakim perbicaraan dalam menjalankan budi bicaranya untuk tidak membenarkan permohonan perayu meminda semula pernyataan pembelaannya kerana terlalu lewat pada hari selepas perbicaraan berakhir untuk membuat pindaan," kata hakim dan memerintahkan Khairy membayar RM10,000 kepada Anwar.
Pada 7 Mac 2008, Anwar, yang merupakan presiden PKR, menyaman Khairy, yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan serta Naib Ketua Pemuda UMNO, kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya semasa ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb tahun yang sama yang membawa kepada penyiaran klip video di portal berita.
Pada September 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membenarkan saman Anwar terhadap Khairy dan mendapati Khairy bertanggungjawab atas fitnah dan oleh itu memerintahkan Khairy membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am kepada Anwar.
Hakim juga menolak permohonan Khairy untuk meminda pernyataan pembelaannya dengan mengatakan bahawa kenyataannya adalah komen yang wajar.
Khairy kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tetapi pada Februari 2018, Mahkamah Rayuan telah membatalkannya selepas membenarkan permohonan Anwar.
Pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy agar merit kes itu didengar sepenuhnya di Mahkamah Rayuan.
Anwar diwakili peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Khairy.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Mahkamah Rayuan turut menolak rayuan Khairy untuk meminda pernyataan pembelaannya berhubung saman fitnah oleh Anwar. - Gambar fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.