awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayuan Najib, anak tangguh prosiding bankrap didengar 6 Jan 2025

Bernama
Bernama
01/10/2024
10:07 MYT
Rayuan Najib, anak tangguh prosiding bankrap didengar 6 Jan 2025
Prosiding kebankrapan itu adalah kerana mereka gagal melunaskan tunggakan cukai masing-masing sebanyak RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.
KUALA LUMPUR: Rayuan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka akan didengar pada 6 Jan tahun depan.
Prosiding kebankrapan itu adalah kerana mereka gagal melunaskan tunggakan cukai masing-masing sebanyak RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.
Peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili bekas Perdana Menteri dan anak lelakinya itu, berkata rayuan tersebut difailkan pada 6 Ogos lepas.
"Prosiding pendengaran rayuan itu akan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Suhendran Sockanathan @ Saheran Abdullah menerusi aplikasi Zoom," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada 16 Okt 2023, Mahkamah Persekutuan memutuskan kedua-dua beranak perlu melunaskan cukai tertunggak selepas menolak rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Najib dan anaknya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memasukkan penghakiman dalam kes tunggakan cukai mereka.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Dua Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai daripada Najib dan Mohd Nazifuddin bagi tempoh 2011 dan 2017.
Mereka gagal mengetepikan penghakiman terus itu di Mahkamah Rayuan pada September 2021.
Pada 10 Mei 2022, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada mereka untuk meneruskan rayuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Mohd Nazifuddin
#prosiding kebankrapan
#gagal melunaskan tunggakan cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan