awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas tegas tolak pelawaan Bersatu, sifatkan satu pengkhianatan
Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayuan pembatalan PAFA diterima, kekal status sebagai entiti

Bernama
Bernama
10/02/2024
14:40 MYT
Rayuan pembatalan PAFA diterima, kekal status sebagai entiti
Pada 7 Mac 2022, PAFA digantung selama enam bulan berikutan isu kewujudan dua kumpulan yang mendakwa masing-masing sebagai jawatankuasa sah badan induk persatuan yang berusia lebih 100 tahun itu. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Kemelut yang menghimpit Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) susulan pembatalan dan pembubaran persatuan itu Jun tahun lepas dinoktahkan selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluluskan permohonan PAFA untuk mengekalkan statusnya sebagai sebuah entiti.
Presidennya Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata perkara itu diputuskan KBS Jumaat lepas dengan mengekalkan pendaftaran PAFA di bawah Seksyen 21(1) Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) selepas pihaknya mengemukakan rayuan pada 2 Mei tahun lepas.
"Alhamdulillah satu berita gembira kita terima apabila Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meluluskan rayuan menerusi surat PJS (Pesuruhjaya Sukan Malaysia) kepada pihak kami dan perkara itu muktamad," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 7 Mac 2022, PAFA digantung selama enam bulan berikutan isu kewujudan dua kumpulan yang mendakwa masing-masing sebagai jawatankuasa sah badan induk persatuan yang berusia lebih 100 tahun itu.
Kemelut itu mendapat campur tangan kerajaan negeri apabila Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah mengadakan pertemuan dengan Hannah Yeoh bagi mencari penyelesaian dan pertimbangan mengikut perlembagaan PJS agar PAFA tidak dibubar
Pada Jun tahun lepas, Hannah Yeoh membenarkan penangguhan pembubaran PAFA dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak menyelesaikan isu persatuan berkenaan mengikut Subseksyen 21 (1) Akta Pembangunan Sukan 1997.
Jawatankuasa yang diketuai bekas Presiden PAFA Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan telah mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 22 Dis lepas dan sekali lagi menyaksikan Mohd Azhar dipilih sebagai Presiden PAFA manakala Datuk Sham Mat Sahat sebagai Timbalan Presiden.
Khairudin pada 18 Januari lepas memaklumkan kepada PJS laporan hasil keputusan EGM untuk dipanjangkan kepada Hannah Yeoh bagi tindakan sewajarnya.
Sementara itu dalam kenyataan sama Mohd Azhar berkata pihaknya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Hannah Yeoh atas kebijaksanaan beliau menyelesaikan kemelut kepimpinan PAFA.
"Saya juga akan memanggil mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PAFA dalam masa terdekat untuk beri tumpuan kepada hal ehwal tadbir urus PAFA yang perlu diselesaikan setelah digantung pada Mac 2022.
"Kita juga akan buat penstrukturan semula PAFA untuk mengembalikan imej dan kredibiliti PAFA serta memeriahkan semula arena sukan bola sepak di negeri ini khasnya," katanya.
Pihaknya turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan Khairudin termasuk jawatankuasa bertindak yang berfungsi sebagai moderator bagi proses rayuan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#PAFA
#proses rayuan
#sebuah entiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan