PUTRAJAYA: Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan oleh penceramah bebas Zakir Naik terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban S. Raveentharan akan didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan Zakir untuk kebenaran merayu selepas membenarkan bantahan awal peguam Raveentharan iaitu Datuk T. Tharumarajah, Kernail Singh dan Asmeeta Rajendran.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat berkata keputusan Mahkamah Rayuan pada Ogos tahun lepas adalah berdasarkan bantahan awal yang dikemukakan pada pendengaran rayuan itu dan Mahkamah Rayuan tidak meneruskan untuk mendengar merit rayuan itu.
"Oleh itu, usul kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan sekarang terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan itu adalah berdasarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh responden (Raveentharan) di Mahkamah Rayuan," katanya.
Beliau berkata kebenaran tidak boleh diberikan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 kerana permohonan kebenaran merayu mestilah berkaitan dengan perkara di Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa asalnya.
BACA: Rayuan Zakir Naik berhubung pemindahan kes saman ke Mahkamah Tinggi P. Pinang ditolak
Hakim Ong membenarkan bantahan awal itu dan menolak permohonan kebenaran merayu dengan kos RM30,000.
Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Raveentharan untuk memindahkan kes saman itu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, menyebabkan Zakir memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.
Bagaimanapun pada 13 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Zakir selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh peguam Raveentharan berhubung ketidakpatuhan terhadap peruntukan mandatori Kaedah 18(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 oleh bekas peguam cara (Dr Zakir) berkaitan rekod rayuan.
Beliau kemudian memfailkan permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.
Pada prosiding mahkamah hari ini yang dijalankan secara maya, Kernail Singh mengemukakan bantahan awal dengan mengatakan permohonan Zakir untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan adalah tidak kompeten.
Beliau berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan kebenaran kerana persoalan undang-undang yang dibangkitkan tidak timbul daripada penghakiman atau perintah Mahkamah Rayuan berkenaan dengan kausa perkara yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.
Kernail Singh berhujah Mahkamah Rayuan tidak mendengar rayuan Zakir mengenai merit terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam menjalankan bidang kuasa asalnya, sebaliknya Mahkamah Rayuan mendengar bantahan awal.
Dalam erti kata lain, Mahkamah Rayuan mendengar bantahan awal dalam melaksanakan bidang kuasa asal Mahkamah Rayuan, tambahnya.
Peguam Zakir, Datuk Sulaiman Abdullah yang hadir bersama Dr Rafie Shafie dan Datuk Akberdin Abdul Kader, berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan perlu mendengar permohonan kebenaran merayu itu.
Beliau berkata individu yang mengemukakan bantahan awal harus menyatakan dengan lengkap apakah alasannya itu, tetapi dalam kes tersebut, Raveentharan tidak menyatakan apa-apa.
Pada 12 Dis 2019, Zakir selaku plaintif memfailkan saman terhadap bekas ADUN itu atas dakwaan memuat naik lima kenyataan fitnah di Facebook antara 13 dan 17 Okt tahun sama.
Plaintif memohon perintah daripada mahkamah supaya Raveentharan mengeluarkan lima kenyataan fitnah itu daripada laman sesawang, media sosial atau mana-mana medium yang berkaitan selain menuntut ganti rugi am, teruk, teladan dan pampasan, serta relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zakir untuk kebenaran merayu selepas membenarkan bantahan awal peguam Raveentharan iaitu Datuk T. Tharumarajah, Kernail Singh dan Asmeeta Rajendran. - Gambar fail/ Bernama
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Ramasamy kalah saman, bayar lebih RM1 juta kepada Dr Zakir Naik
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy membayar lebih RM1.52 juta kepada penceramah dari India, Dr Zakir Naik, dalam masa 30 hari.
Charles Santiago mohon maaf: 'Ya, saya terima' - Zakir Naik
Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago diperintahkan untuk memohon maaf kepada penceramah dari India, Zakir Naik di Mahkamah Tinggi.
Zakir Naik dijangka kembali ke Malaysia
Peguamnya memaklumkan bahawa penceramah itu masih mempunyai beberapa program di Oman.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Peguam nafi Zakir Naik ditahan
Akberdin sebaliknya memaklumkan, kehadiran Zakir ke Oman dialu-alukan dan disambut dengan protokol rasmi di ibu negara Muscat.
Zakir Naik dilapor ditahan di Oman, dihantar pulang ke India
Agensi-agensi risikan India bekerjasama dengan pihak berkuasa Oman untuk menahan Zakir ketika lawatannya ke Oman pada Khamis.
Zakir Naik cari calon menantu
Zakir memuat naik ciri-ciri wanita yang ingin dicarinya serta biodata anaknya bagi tatapan umum.
PDRM belum terima laporan rancangan serangan penggganas di India babit Dr Zakir Naik - KPN
PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.
Kumpulan Rohingya di KL dikaitkan dengan Zakir Naik didakwa rancang serangan di India
Agensi perisikan India dilaporkan memintas transaksi kewangan kumpulan etnik Rohingya berpangkalan di Malaysia yang dipercayai mahu melancarkan serangan keganasan di India.
Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia
Hussamuddin menyifatkan suasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.