KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Taiping hari ini mengarahkan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria, memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, selewat-lewatnya 31 Jan ini.
Saman berkenaan berhubung ucapan yang didakwa mengaitkan Pengerusi Pakatan Harapan itu membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Peguam Datuk S. N. Nair yang mewakili Anwar berkata mahkamah juga mengarahkan anak guamnya, memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 20 Feb.
"Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 24 Feb ini," katanya kepada Bernama selepas pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md Nurdin secara dalam talian hari ini.
Prosiding itu turut disertai seorang lagi peguam Anwar Jaden Phoon, manakala Razman diwakili peguam Nurul Atiqah Badrul Hisham.
Pada 5 Dis lepas, Anwar, memfailkan saman itu dengan menamakan Razman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gunong Semanggol selaku defendan tunggal.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar selaku plaintif berkata pada 6 Nov tahun lepas, defendan berucap mengenai perkara itu pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 di pasar malam Tebuk Pancur.
Beliau berkata ucapan berkenaan disiarkan secara langsung melalui klip video di akaun Facebook defendan, yang mendapat tontonan melebihi 94,400 kali, melebihi 5,100 reaksi, 429 kali perkongsian dan melebihi 2,600 komen sehingga hari ini.
Menurut Presiden PKR itu, siaran video langsung Facebook tersebut kemudian diterbitkan menerusi artikel bertarikh 6 Nov 2022 dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, di dalam sebuah portal berita.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata kata-kata fitnah tersebut dibuat untuk menjatuhkan reputasinya dan dakwaan dalam artikel berkenaan adalah tidak benar, kerana plaintif sentiasa memperjuangkan ajaran dan nilai teras Islam selain mendakwa ia dibuat bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya, dengan menghasut orang ramai serta menimbulkan kebencian terhadapnya dan parti semasa tempoh berkempen untuk PRU15.
Menurut plaintif, defendan telah melanggar Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi kesalahan menimbulkan permusuhan semasa kempen pilihan raya, selain mendakwa defendan gagal mengemukakan permohonan maaf kepada plaintif, berhubung tindakannya itu.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan serta memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada terus mengungkapkan atau menyebabkan penerbitan artikel memfitnah yang serupa selain menuntut kos, faedah dan relif lain yang sesuai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023
Mahkamah Tinggi Taiping hari ini mengarahkan Razman Zakaria (foto), memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, selewat-lewatnya 31 Jan ini. - Gambar fail/BERNAMA
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Razman diarah fail pernyataan pembelaan dalam kes saman Anwar selewatnya 31 Jan
Mahkamah mengarahkan Razman memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah yang difailkan Anwar Ibrahim terhadapnya, selewat-lewatnya 31 Jan ini.
Anwar saman Pesuruhjaya Pas Perak berhubung ucapan berbaur fitnah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria.