awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RCI Wang Kelian: Mangsa dijanji gaji RM2,000

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/04/2019
07:39 MYT
RCI Wang Kelian: Mangsa dijanji gaji RM2,000
Joeking (berjaket) mengesahkan bahawa kesemua yang ditahan itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri selain tidak tahu berbahasa Inggeris. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian dimaklumkan bahawa mangsa dijanjikan dengan pekerjaan di Malaysia dengan bayaran gaji sekitar RM2,000.
Saksi kelima, Komandan Kompeni B, Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, DSP Joeking M. Marian Anthony berkata perkara itu dimaklumkan oleh salah seorang daripada 38 mangsa yang ditahan oleh pasukannya pada 19 Januari 2015.
“Mereka dikatakan menaiki kapal, berjalan kaki memasuki hutan sampailah ke kem tersebut. Ada antara mereka yang diminta duit lebih dan jika mereka memberikan wang, mereka akan dapat masuk ke Malaysia,” katanya.
Joeking turut mengesahkan bahawa kesemua yang ditahan itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri selain tidak tahu berbahasa Inggeris kecuali seorang daripada mereka yang membantu proses dokumentasi tersebut.
Beliau turut akui bahawa kesemua mangsa berada dalam keadaan lemah dan kelaparan, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Topic Berkaitan
#kubur besar
#Malaysia
#mangsa
#penempatan sementara
#PGA
#RCI
#siasatan
#Wang Kelian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan