KUALA LUMPUR: Pelajar di seluruh negara digesa supaya merebut peluang mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian menerusi platform pendaftaran pelajar dalam talian Uni Enrol.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata platform itu memudahkan pelajar untuk mencari kursus bersesuaian serta biasiswa yang layak dimohon dan bagi tahun ini keseluruhan RM25 juta biasiswa dari universiti tempatan dan antarabangsa, badan korporat dan yayasan ditawarkan.
"Saya akan maklumkan juga kepada semua ahli Parlimen berkenaan platform ini kerana pejabat ahli Parlimen sering dilawati oleh ibu bapa dan pelajar untuk bertanya berkenaan biasiswa dan platform ini akan memudahkan kerja-kerja pejabat wakil rakyat.
"Kadang-kadang apabila pelajar tidak mampu untuk mengikuti kursus yang mereka mahu, mungkin mereka akan terus putus asa sahaja, tetapi dengan adanya platform ini, ada cara untuk menilai kelayakan mereka untuk mendapatkan biasiswa," katanya pada sidang media selepas melancarkan jerayawara Uni Enrol Scholar Search 2024, di sini hari ini.
Hannah berkata Kementerian Belia dan Sukan juga sedang berbincang dengan pengendali platform itu Uni Enrol Sdn Bhd untuk menyenaraikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam platform tersebut.
Menurut Hannah langkah itu diharap dapat memberikan pilihan kedua kepada pelajar sekiranya kelayakan mereka tidak mencukupi untuk mengikuti kursus pengajian yang lain.
Uni Enrol Scholar Search 2024 akan menjelajah ke 33 bandar di 10 negeri bermula 23 Mac ini hingga 7 April bagi memberi penerangan kepada pelajar tentang laluan pengajian tinggi dan peluang biasiswa yang disenaraikan menerusi platform berkenaan.
Ketua Pengawai Eksekutif Uni Enrol Rickson Khaw berkata platform itu menyenaraikan 500 jenis biasiswa dan lebih 4,000 kursus pengajian di 120 universiti tempatan dan antarabangsa.
"Dengan menggunakan algoritma padanan tersendiri untuk memadankan pelajar dengan kursus dan biasiswa yang paling sesuai, kami menyasarkan untuk meningkatkan kualiti keputusan mereka yang diharap akan membawa mereka ke arah kejayaan," katanya.
Sejak 2018, lebih 5,000 pelajar di seluruh negara berjaya mendapatkan biasiswa daripada universiti, korporat dan yayasan dengan memanfaatkan platform Uni Enrol melibatkan keseluruhan RM60 juta.
Maklumat lanjut mengenai tarikh, lokasi dan masa jerayawara Uni Enrol Scholar Search 2024 boleh didapati di laman sesawang https://scholarsearch.unienrol.com/ss2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berucap pelancaran roadshow Uni Enrol Scholar Search 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Permohonan pembatalan kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon ditolak
Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
WEF: Mendasari geopolitik, mencari keterangkuman
Editor Kanan Niaga AWANI, Najib Aroff membawakan rangkuman Mesyuarat Khas WEF yang berlangsung baru-baru ini di Riyadh, Arab Saudi bersama Pengarah Strategi, KRA Group, Amir Fareed Rahim.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
Kadar Fed AS kekal, ekonomi akan mengukuh atau melemah?
Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah. Apakah faktor yang menyumbang kepada keputusan ini dan bagaimana prospek ekonomi serta pasaran dalam tempoh terdekat?
Pelaburan Microsoft: Memperkasa era baharu AI di Malaysia
Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia. Bagaimana untuk manfaatkan pelaburan ini serta mempekasa era baharu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia?
'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
Rebut peluang biasiswa pendidikan menerusi 'Uni Enrol' - Hannah
Pelajar di seluruh negara digesa supaya merebut peluang mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian menerusi platform pendaftaran pelajar dalam talian Uni Enrol.
PETRONAS labur RM340 juta taja 600 pelajar cemerlang SPM 2021
Tahun ini, PETRONAS telah menerima lebih daripada 9,000 permohonan PESP dari seluruh negara.
Mulianya hati ahli BTS ini, J-Hope beri sumbangan kepada pelajar sekolah
BTS J-Hope memberikan sumbangan sebanyak 100 juta won (RM350 ribu) sebagai bantuan biasiswa menerusi Ibu Pejabat KoreaFund di Gwangju.