Pertumbuhan hijau adalah peluang yang boleh dimanfaatkan untuk memodenkan perniagaan dan menjana pertumbuhan mampan serta pekerjaan, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
"Pertumbuhan hijau juga merupakan peluang untuk mengukuhkan jaminan tenaga kita dengan mengurangkan pergantungan kepada import minyak dan gas, dan untuk mengurangkan pencemaran udara dan kos kesihatan yang tinggi yang dikaitkan dengannya," katanya ketika berucap pada mesyuarat Majlis Hijau Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di sini pada Selasa.
Idris berkata pasaran global bagi produk dan teknologi alam sekitar dijangka berkembang kukuh pada kira-kira 10 peratus setiap tahun pada tahun-tahun akan datang.
"IMT-GT perlu bersedia untuk memanfaatkan peluang ini.
"Hari ini, Melaka berada di barisan hadapan dalam melaksanakan konsep 'bandar hijau' selepas menyatakan hasrat pada tahun 2010.
"Sejak itu, kami telah memulakan pelbagai program dan projek-projek termasuk pengindahan Sungai Melaka, Bandar Hijau Hang Tuah Jaya, Melaka World Solar Valley, Pelan Tindakan Bandar Hijau, Inventori Gas Rumah Hijau, projek Kecekapan Tenaga, projek perintis Smart Grid dan Pusat Latihan Teknologi Hijau.
"Usaha ini disokong melalui penubuhan mekanisme tadbir urus peringkat tinggi melalui majlis teknologi hijau dan berpandukan pelan tindakan teknologi hijau," katanya.
Pelbagai usaha juga telah disediakan untuk memastikan keperluan modal insan terutamanya dalam sektor awam dipenuhi melalui pelbagai program pembinaan keupayaan, katanya.
Bernama
Wed Mar 02 2016
IDRIS: Pasaran global bagi produk dan teknologi alam sekitar dijangka berkembang kukuh pada kira-kira 10 peratus setiap tahun pada tahun-tahun akan datang.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
PRN Melaka: 'Idris, pilih tempat lain kalau nak ceramah, jangan ganggu mesyuarat UMNO' - Ahmad Maslan
Jelas Ahmad, Idris telah disahkan dilucut keahlian dan tidak sepatutnya bertindak demikian.
PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil kecoh, Idris muncul beri ucapan
Keadaan mula kecoh selepas ada antara Ahli Jawatankuasa UMNO yang mempersoalkan lokasi mesyuarat diadakan.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Saya akan cari siapa cabar saya, mungkin 'dia' berminat di Sungai Udang? - Idris
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Idris untuk bertanding melawannya dalam PRN Melaka jika dilaksanakan.
Operator tapak pelupusan dikompaun RM10,000 sisa air sampai ke sungai
Keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan.
Tangani banjir kilat: Melaka usaha banyakkan kolam takungan air di taman perumahan
Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu sudah dilaksanakan di beberapa taman perumahan dan ia dilihat berjaya mengatasi bencana itu.
Pecat Idris Haron suatu dakwaan mengarut - Sulaiman
Menurut Sulaiman, kenyataan itu adalah suatu yang tidak masuk akal dan ia sengaja dicetuskan oleh individu tidak bertanggungjawab
Idris Haron serah nasib kepada pucuk pimpinan BN tentukan kerusi yang akan ditandingi
Datuk Seri Idris Haron berkata, buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.
Kerajaan negeri Melaka umum insentif khas penggali kubur
Bantuan sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada dua penggali kubur di setiap 194 kariah di seluruh negeri Melaka.
Persempadanan semula pastikan wakil rakyat berkhidmat lebih efektif
Langkah itu bagi memberi peluang dan ruang kepada pemimpin masyarakat itu untuk menyalurkan perkhidmatan yang diamanahkan secara menyeluruh.