awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RECODA pantau projek pembangunan bermasalah, pastikan ia berjalan lancar - Uggah

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
05/09/2022
06:56 MYT
RECODA pantau projek pembangunan bermasalah, pastikan ia berjalan lancar - Uggah
RECODA akan terus memantau rapat status projek pembangunan di Sarawak termasuk perkembangan projek yang dikategorikan bermasalah. - Astro AWANI
MIRI: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) akan terus memantau rapat status projek pembangunan di Sarawak termasuk perkembangan projek yang dikategorikan bermasalah.
Ia termasuk pembinaan jalan raya di luar bandar khususnya di Long Lama ke Bario yang dilihat masih teruk.
Mengulas mengenai perkara itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata RECODA berusaha menyelesaikan masalah tersebut dalam memastikan projek yang telah diluluskan berjalan dengan lancar.
“Memang kawasan ini cukup mencabar dengan keadaan geografinya, tetapi RECODA sedang berusaha melantik kontraktor yang terbaik.
“Pemantauan sentiasa dibuat terutama projek yang telah dianugerahkan kepada kontraktor, mungkin ada berlaku masalah, sebab itu RECODA berusaha menyelesaikan masalah tersebut, kalau tidak kita akan terus memantau projek yang telah diluluskan ini agar ia berjalan lancar,” katanya.
Uggah berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) di Hotel Pullman Miri di sini pada Isnin.
Ditanya dakwaan punca projek bermasalah disebabkan tawaran tender rendah, Uggah berkata RECODA melantik kontraktor berdasarkan sistem permarkahan.
Katanya ia tidak dilakukan melalui tawaran harga terendah dalam tender terbuka untuk mendapatkan penganugerahan kontrak.
“Setakat ini RECODA masih menggunakan sistem tender terbuka, jadi mereka mempunyai sistem (pemarkahan) bagi memastikan mereka dapat tawaran harga terbaik, tidak dinafikan memang timbul masalah disebabkan COVID-19.
“Sebab itu juga kerajaan telah meluluskan peruntukan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang 9.0 bagi membantu kontraktor yang layak dari segi bantuan bahan binaan menerusi Syarat Perubahan Harga (VOP)” katanya.
Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berharap agar inisiatif itu dapat membantu mereka yang terjejas termasuk beberapa syarikat kontraktor dalam 18 projek yang disenarai sebagai kritikal sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Recoda
#jalan luar bandar
#Sarawak
#pembangunan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan