awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'

Faida Rahim
Faida Rahim
03/05/2024
08:25 MYT
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Ahmad Ramzi berpendapat Kementerian Pendidikan perlu menekankan soal pembelajaran interaksi sosial di peringkat sekolah rendah.
KUALA LUMPUR: Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings, Datuk Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berpendapat Kementerian Pendidikan perlu menekankan soal pembelajaran interaksi sosial daripada peringkat rendah.
"Bila kita cakap inovasi kita cakap bagaimana nak buat ia lebih menarik dan lebih membantu pelajar belajar di sekolah. Misalnya pelajar di sekolah rendah kita tidak perlu terlalu banyak subjek kerana kalau kita bandingkan dengan negara lain, apabila pelajar itu berada di sekolah rendah, mereka tidak tekankan dari segi akademik semata-mata sebenarnya.
"Penekanan seharusnya diberikan kepada social interaction, bagaimana mengajar pelajar mengenai nilai, bagaimana berinteraksi secara sosial dengan orang lain dan sebagainya. Itu yang ditekankan. Bukan kita nak lahirkan pelajar di sekolah rendah ini mereka yang straight A's dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam AWANI PAGI pada Jumaat.
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan juga perlu tampil dengan inisiatif lebih kreatif untuk menarik pelajar supaya lebih bermotivasi dan bersemangat ketika dalam bilik darjah.
Tambahnya, jalan pintas memperkenalkan satu mata pelajaran atau subjek khusus berkait isu semasa untuk dipelajari oleh para pelajar di dalam sekolah bukan bentuk inovasi yang sesuai.
"Ada yang kata terlalu lama pelajar belajar di sekolah, tetapi bagi saya adalah bagaimana atau berapa lama para pelajar itu boleh belajar sebenarnya.
"Perkataan belajar itu penting kerana apabila disebut belajar, kurang dia punya motivasinya tak seperti mana kita sebut makan. Makan orang cepat sikit ataupun cari duit. Lebih termotivasi. Apabila belajar ini kita kena kreatif, inovatif baru kita dapat menarik orang untuk belajar," katanya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#pendidikan
#Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir
#interaksi sosial
#subjek sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan