LANGKAWI: Tiupan angin antara 4 hingga enam knot untuk seketika pada hari ketiga Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2023 membolehkan hanya satu perlumbaan diadakan semalam selepas perlumbaan ditangguhkan pada Rabu akibat tiupan angin kurang.

Bagaimanapun, selepas tiga daripada 10 perlumbaan keseluruhan, 25 kapal layar, daripada tujuh negara yang mengambil bahagian, tidak dapat meneruskan perlumbaan akibat tiada tipuan angin minimum lima knot ke atas.

Ketua Pegawai Perlumbaan, Simon James, berkata perlumbaan semalam bermula lewat empat jam iaitu pada jam 1.30 tengah hari dan menjangkakan keadaan tiupan angin kurang daripada lima knot untuk mengadakan perlumbaan berterusan hari ini dan Sabtu.

"Esok, kami akan menghantar bot ke semua arah untuk memeriksa arah pergerakan tiupan angin pada jam sekitar 7.30 pagi tetapi saya fikir kita tidak dapat mengadakan acara perlumbaan mengelilingi pulau ekoran jangkaan corak pergerakan angin yang tidak konsisten dan perlahan," katanya kepada Bernama, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, walaupun keseluruhan 10 perlumbaan tidak dapat diadakan, namun pungutan mata bagi setiap kelas kategori sehingga hari ketiga sudah cukup untuk menentukan pemenang.


Berikut keputusan selepas 3 perlumbaan:



Kelas Racing

-------------------

1.THA72 (THA) - 3 mata pebnalti

2. Uranus (MAS) - 6





Kelas IRC1

----------------

1. Mata Hari (MAS) - 3

2. Phoenix (THA) - 6

3. 79th Endeavour of Whitby (AUS) - 10

4. Prime Factor (AUS) - 15

5. Uminoko (THA) - 16

6. RMP/DSA (MAS) - 17

7. The Blue Angel (MAS) - 17



Kelas Sportsboats

--------------------------

1. RSYC Team (MAS) - 3

2. Navy 1 (MAS) - 7

3. UMT 2 (MAS) - 10

4. Navy 2 (MAS) - 12

5. UMT 1 (MAS) - 13





Kelas Multihull

----------------------

1. Twin Sharks (GBR) - 4

2. Saffron (AUS) - 8

3. Trident (GBR) - 9

4. Fetz Ma (AUT) - 9

5. Mojo (AUS) - 15

6. Allegro (AUS) - 19





Kelas Kelab

------------------

1. Dash (MAS) - 3

2. Marikh (MAS) - 3

3. VG Offshore (MAS) -6

4. RECAA (MAS) - 8

5. Eveline (MAS) - 11



-- BERNAMA