awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 14 tahun dipercayai hilang sejak Selasa

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2023
14:05 MYT
Remaja 14 tahun dipercayai hilang sejak Selasa
Polis telah mengedarkan gambar mangsa kepada semua balai polis di seluruh negara. - Gambar/ PDRM
SUBANG JAYA: Polis mengesan seorang remaja berusia 14 tahun yang hilang selepas dilaporkan melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah agama di Subang Jaya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, susulan laporan polis dibuat bapa remaja tersebut, polis telah mengedarkan semboyan orang hilang kepada seluruh balai polis.
Tambah Wan Azlan, polis juga telah mengedarkan gambar mangsa kepada semua balai polis.
“Pada 25 Januari 2023 (Rabut), kira-kira jam 8.30 pagi, pengadu (bapa remaja tersebut) telah dimaklumkan oleh pihak sekolah anak perempuannya bernama Athirah Najwa Gazari berumur 14 tahun telah melarikan diri dari asrama.
“Kali terakhir pengadu melihat anak perempuannya adalah pada 24 Januari 2023 (Selasa) kira-kira jam 6 petang semasa pengadu menghantar anak perempuannya ke asrama tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya lagi, setakat ini tiada suspek ditahan berhubung kes tersebut.
Topic Berkaitan
#asrama sekolah
#Subang Jaya
#hilang
#Ketua Polis Daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan