awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 14 tahun mengandung dirogol dua lelaki

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
11/06/2022
13:26 MYT
Remaja 14 tahun mengandung dirogol dua lelaki
Seorang remaja berusia 14 tahun mengandung dipercayai dirogol oleh dua lelaki dalam kejadian berasingan di kediamannya di Pasir Mas. - Gambar hiasan
PASIR MAS: Seorang remaja berusia 14 tahun mengandung dipercayai dirogol oleh dua lelaki dalam kejadian berasingan di kediamannya di Pasir Mas.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan pengakuan pengadu (mangsa), dia telah menjalankan pemeriksaan kesihatan pada 9 Jun lepas di Klinik Kesihatan Daerah Pasir Mas, untuk mendapatkan buku rekod kesihatan ibu mengandung.
"Setelah pengadu berjumpa dengan pegawai perubatan, mangsa diminta merujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan kerana pengadu telah mengandung di bawah umur.
"Tempoh kandungan pengadu adalah tiga bulan satu hari,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, pihak polis telah menerima satu laporan pada 9 Jun lepas dan menjalankan siasatan dengan mengambil keterangan dari mangsa.
Menurut Muhamad Zaki, hasil rakaman percakapan mangsa mendapati dia telah dirogol oleh seorang lelaki berusia 22 tahun pada 19 Februari lepas.
Katanya lagi, mangsa juga telah dirogol pada 28 Mac lalu, melibatkan lelaki berlainan yang berusia 17 tahun.
Kedua-dua kejadian berlaku di rumah mangsa.
Muhamad Zaki turut memaklumkan, mangsa telah berhenti sekolah serta tinggal bersama dengan datuk dan neneknya sejak berusia 1 tahun.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#remaja
#dirogol
#dua lelaki
#mengandung
#Pasir Mas
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan