awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 16 tahun ketua 'Geng Mat Daud' ditangkap

Bernama
Bernama
20/12/2015
03:56 MYT
Remaja 16 tahun ketua 'Geng Mat Daud' ditangkap
Katanya remaja lelaki itu yang mempunyai 13 rekod jenayah berjaya ditahan pada 9 Dis lepas.
Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi dan pecah rumah 'Geng Mat Daud' di pulau peranginan ini dengan tertangkapnya ketua kumpulan itu yang berumur 16 tahun dan 10 anggotanya baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dalam 34 kes jenayah curi dan pecah rumah, kedai dan masjid di Langkawi.
Katanya remaja lelaki itu yang mempunyai 13 rekod jenayah berjaya ditahan pada 9 Dis lepas dan susulan itu 10 lagi anggota kumpulan itu berumur antara 16 dan 37 tahun ditahan di beberapa kawasan berasingan di sini.
"Berdasarkan soal siasat yang dijalankan, Geng Mat Daud ini telah terlibat di dalam lima kes kecurian motosikal dan 29 kes pecah masuk rumah, kedai dan masjid yang dilaporkan tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya sebanyak empat buah motosikal, kerangka dan komponen motosikal dan kereta serta beberapa barangan lain yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih RM20,000 dipercayai hasil kegiatan jenayah kumpulan itu telah berjaya ditemukan.
"Ujian saringan awal dadah yang dijalankan mendapati tujuh orang daripada mereka positif dadah dan mereka kini direman untuk siasatan lanjut sebelum didakwa di mahkamah," katanya.
Topic Berkaitan
#Geng Mat Daud
#kumpulan curi dan pecah rumah
#Langkawi
#Supt Dr Che Ghazali Che Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan