awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja didakwa laku amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan 10 tahun

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
24/03/2021
10:14 MYT
Remaja didakwa laku amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan 10 tahun
Tertuduh (kanan) didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dalam kawasan semak di Kuala Nerus kira-kira jam 2 petang, pada 24 Februari lalu. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Tertuduh yang berusia 15 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dalam kawasan semak di Kuala Nerus kira-kira jam 2 petang, pada 24 Februari lalu.
Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 April depan untuk sebutan semula kes.
Selain itu tertuduh turut dikenakan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak boleh mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nurul Najmi Adila Mohd Nasir.
Topic Berkaitan
#remaja
#amang seksual
#Kanak-kanak
#perempuan
#10 tahun
#Kuala Terengganu
#Mahkamah Majistret
#dalam semak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan