Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas, manakala 17 rakannya terselamat apabila perahu digunakan untuk menjalani latihan mendayung, karam di Sungai Beladin dekat sini pada Rabu.
Mangsa, Muhammad Izzat Farhan Ismail, 16 tahun, dilaporkan hilang dan belum dijumpai sehingga kini.
Dalam kejadian jam 6 petang Rabu itu, tiga daripada 17 rakan mangsa yang selamat dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tiga mangsa yang menerima rawatan itu ialah Hazwan Aryadi Jamel, 14 tahun, Ashfizan Sahari, 31 tahun, dan Muhammad Alfin Lengah, 19 tahun.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelanat (BBP) Betong, Henry Jugah, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada jam 7.15 malam telah menghantar sepasukan anggota ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Namun, setiba di tempat kejadian pada jam 9.20 malam, operasi SAR tidak dapat dijalankan kerana suasana sudah gelap dan ia hanya dapat dibuat pada pagi ini (Khamis)," katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, insiden berlaku semasa kumpulan 18 orang itu sedang sedang menjalani latihan mengayuh perahu lumba.
Katanya, semasa menghampiri Pengkalan LKIM Kampung Hulu Beladin, perahu yang mereka naiki tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh kapal tongkang sebelum terbalik.
Angelina Sinyang
Thu Jan 30 2020
Operasi SAR tidak dapat dijalankan malam tadi kerana suasana gelap. - Foto JBPM
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
PDRM bantu siasatan rakyat Malaysia ditembak di Betong Thailand
PDRM akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam siasatan seorang rakyat negara ini yang cedera parah dipercayai terkena tembakan di Betong.
Rakyat Malaysia parah ditembak di Betong
Mangsa dari Kampung Padang Tamat, Pengkalan Hulu, mengalami kecederaan di bahagian perut dan paha, dirawat di Hospital Betong.
Sarawak tubuhkan BDDA bagi jana ekonomi Betong
BDDA merangkumi beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Layar, Bukit Saban, Krian, Kalaka, Saribas, Beting Maro, Kabong dan Lingga
Lapangan Terbang Betong bakal rangsang pelancongan di selatan Thailand
Lapangan Terbang Antarabangsa Betong yang baharu, bernilai 1.9 bilion baht menyambut penerbangan sulung pada Isnin.
Sarawak dijangka terima 650,000 vaksin CanSino pertengahan Julai ini - Uggah
Sarawak dijangka menerima vaksin COVID-19 jenis CanSino pada pertengahan Julai, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Kanak-kanak dua tahun mati dipercayai didera, ibu dan teman lelaki ditahan polis
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai didera dalam kejadian di Betong, hari ini.
MPOB labur RM50 juta bina dua stesen penyelidikan di Sarawak - Willie Mongin
Pelaksanaan projek penyelidikan dan pembangunan minyak sawit ini melibatkan beberapa siri Rancangan Malaysia bermula Rancangan Malaysia Ke-7 hingga RMK11.
Amaran cuaca buruk, waspada di Sarawak
Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku membabitkan Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.
Amaran cuaca: Waspada dengan hujan lebat di beberapa negeri sehingga Selasa
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Pahang, Johor serta beberapa kawasan di Terengganu dan Sarawak dijangka berlanjutan sehingga Selasa ini.
Tragedi Feri Triso: Sembilan maut kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai
Sembilan dipercayai sekeluarga maut selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam sungai ketika sedang menunggu feri di Triso petang Jumaat.