awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja hilang di Pantai Cempaka ditemui lemas

Bernama
Bernama
12/03/2023
01:10 MYT
Remaja hilang di Pantai Cempaka ditemui lemas
Mangsa ditemukan oleh orang awam terdampar di Pantai Sepat, kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia didakwa hilang. - Gambar hiasan
KUANTAN: Remaja lelaki yang didakwa hilang selepas dihanyutkan ombak semasa mandi di Pantai Cempaka di sini pada Jumaat, ditemukan lemas pada 11.50 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat Nazrul Aimi Shah Kamarul Bahri, 15, ditemukan oleh orang awam terdampar di Pantai Sepat, kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia didakwa hilang.
"Keluarga mangsa telah mengesahkan identiti mangsa di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
Mangsa yang beralamat di Taman Kempadang Perdana di sini, didakwa hilang semasa dia bersama empat rakan mandi di pantai itu, selepas mereka dipukul ombak dan dihanyutkan ke kawasan agak dalam.
Bagaimanapun, semua rakannya berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.
Semasa kejadian, keadaan pantai didapati berombak tinggi dan air laut pasang selain angin kencang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja
#Pantai Cempaka
#lemas
#Nazrul Aimi Shah Kamarul Bahri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan