awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki disyaki terkena jangkitan kencing tikus di Pendang

Bernama
Bernama
18/05/2016
01:38 MYT
Remaja lelaki disyaki terkena jangkitan kencing tikus di Pendang
Insiden penyakit kencing tikus banyak dilapor oleh media dan langkah inisiatif diambil dengan melancarkan kempen besar-besaran iaitu Kempen Kawalan 'Antikencing' Tikus. - FotoBERNAMA
Seorang remaja lelaki dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas disyaki terkena jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus selepas mandi di Lata Bukit Perak, Pendang pada 1 Mei lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata Nur Iman Nor Hisham, 17, dimasukkan ke wad ICU hospital selepas mengalami demam, muntah dan sakit badan pada 12 Mei lalu.
"Mangsa telah mendapatkan rawatan awal di sebuah Pusat Rawatan Homeopathi. Pada 14 Mei, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Yan sebelum dirujuk ke HSAH untuk rawatan lanjut pakar dan terus dimasukkan ke ICU pada 15 Mei.
"Keadaan mangsa masih kritikal dan memerlukan rawatan rapi pakar perubatan. Pemeriksaan awal menunjukkan terdapat tanda-tanda jangkitan leptospirosis dan pihak hospital telah menghantar sampel darah ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur untuk pengesahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr. Norhizan berkata siasatan awal mendapati mangsa telah mandi di kawasan perkelahan tersebut bersama tujuh rakannya yang lain pada 1 Mei lalu, namun rakan-rakannya tidak mengalami gejala seperti dialami mangsa.
Tambah beliau, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang telah mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat mengenai kes leptospirosis di Pendang yang dikaitkan dengan Lata Bukit Perak dalam tempoh yang sama.
"PKD Pendang akan mengadakan pemeriksaan di kawasan terbabit pada esok untuk memantau tahap kebersihan dan tindakan sewajarnya termasuk arahan pembersihan," katanya.
Norhizan menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelak daripada mandi di kawasan rekreasi air sekiranya mengalami luka atau kudis selain jangan minum air di kawasan tersebut yang tidak dimasak.
"Orang ramai perlu sama-sama menjaga kebersihan kawasan tempat rekreasi dengan membuang sisa makanan dengan betul bagi mengelak urungan makhluk perosak termasuk tikus.
"Sekiranya ada yang mengalami gejala demam, pening, sakit kepala dan muntah, mereka perlu segera mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital," katanya.
Topic Berkaitan
#Hospital Sultan Abdul Halim selepas disyaki terkena jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus selepas mandi di Lata Bukit Perak pada 15 Mei
#IMR
#Nur Iman Nor Hisham
#Seorang remaja lelaki dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan