Seorang remaja lelaki berkenaan maut akibat dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah premis mencuci kenderaan iaitu tempat dia bekerja di Lebuh Carnovan, Georgetown, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam semalam, mangsa, Muneeswaran, 16, yang juga yatim piatu ditemui mati dengan kesan lebam dan berbirat di seluruh badan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Datuk Mazlan Kesah berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati majikannya terhadap mangsa yang dikatakan telah mencuri sesuatu di premis tersebut.
“Kita percaya dia telah dipukul dan kita telah temui di tempat kejadian segulung wayar berukuran lebih kurang tiga kaki. Dipercayai mangsa telah dipukul dgn menggunakan wayar itu.
“Hasil siasatan juga mendapati dia telah dipukul dan kita ada maklumat bahawa ada kemunkinan budak ini dituduh mencuri barang di sini,” kata beliau.
Berikutan kejadian itu, polis kini sedang menyiasat tempoh masa remaja itu bekerja di situ memandangkan mangsa masih berada di bawah jagaan sebuah rumah anak yatim persendirian di Jalan Scotland.
Mazlan berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya lebih daripada dua suspek terlibat dalam insiden itu termasuk tidak menolak kemungkinan penglibatan majikannya.
Tambahnya, dua suspek berusia 36 dan 38 tahun telah dikenal pasti dan kini sedang mengesan mereka bagi membantu siasatan.
Siasatan di lokasi kejadian turut menemui sebuah kerusi plastik yang telah patah dan kabel elektrik sepanjang 0.9 meter yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa.
Tambahnya Mazlan, premis tersebut juga didapati beroperasi tanpa lesen.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mazlan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Astro Awani
Thu Jan 22 2015
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam semalam, mangsa yang juga yatim piatu ditemui mati dengan kesan lebam dan berbirat di seluruh badan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Persahabatan antarabangsa: Indonesia dibelasah Libya
Persiapan Indonesia menjelang saingan Piala Asia bulan ini kelihatan menerima tamparan apabila skuad Garuda itu dibelasah 0-4 oleh Libya.
Pelajar dipukul beramai-ramai, dibaling meja di sebuah sekolah di Langkawi
Seorang pelajar lelaki tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi hari ini, mendakwa dipukul oleh beberapa pelajar lain.
Sudah teruk dibelasah... pencuri melecur disambar api pula
Sekumpulan lima lelaki yang menangkap mangsa lalu bertindak menyimbah petrol lalu mengacahnya dengan menyalakan pemetik api.
Ahli politik pembangkang Uganda berdepan pertuduhan derhaka dibenar ikat jamin
Kyagulanyi, yang hanya menduduki kerusi parlimen tahun lepas, didakwa tidak mampu berdiri selepas dibelasah ketika dalam tahanan.
Lelaki patah tulang rusuk dibelasah kerana petai
Seorang lelaki patah tulang rusuk akibat dibelasah selepas disyaki mencuri petai di kebun milik salah seorang penduduk di Kampung Bukit Terap, Batu Rakit, Kuala Nerus, petang semalam.
Suami isteri dibelasah, dipaksa minum air kencing
Gara-gara berkahwin tanpa restu keluarga, sepasang suami isteri dari Alirajpur, Madhya Pradesh di India, dibelasah dan dipaksa minum air kencing.
Murid Tahun Satu mati dibelasah murid Tahun Enam di Kapit
Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 petang tadi di Hospital Sibu, setelah parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan.
Polis buru lima lagi suspek bantu siasatan kematian suspek cabul
Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes kematian seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas.
Remaja lelaki yatim piatu maut dibelasah
Kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati majikannya yang mendakwa mangsa mencuri sesuatu di tempat kerja.