awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lemas ketika selamatkan adik

Sinar Harian
Sinar Harian
08/08/2021
22:19 MYT
Remaja lemas ketika selamatkan adik
Mangsa berjaya ditemui penduduk kampung dan disahkan meninggal dunia akibat lemas di Sungai Moyog, Kampung Kambau, Penampang. - Foto Sinar Harian
PENAMPANG: Seorang remaja perempuan lemas ketika menyelamatkan adik bongsunya daripada hanyut dibawa arus dalam kejadian di Sungai Moyog, Kampung Kambau pada pagi Ahad.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa berusia 16 tahun dikatakan sedang mandi bersama tiga adiknya di sungai berhampiran rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian itu pada jam 11.14 pagi.
Menurut beliau, kejadian bermula apabila mangsa cuba menyelamatkan adik perempuannya yang hanyut dibawa arus.
"Namun setelah adiknya berjaya diselamatkan, mangsa dilihat telah tenggelam dan dikhuatiri lemas," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Haris berkata, adik mangsa telah pulang ke rumah dan memaklumkan kepada kedua ibu bapa mereka.
"Hasil bantuan penduduk kampung, mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lemas
#meninggal dunia
#hanyut
#arus
#Sungai Moyog
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan