KOTA BHARU:Niat murni seorang remaja berusia 16 tahun, menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat di sini, berakhir dengan tragedi apabila beliau ditemukan lemas.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang tadi itu, mangsa Wan Muhammad Azamudin Wan Aznan ketika kejadian, berada di hadapan rumahnya sebelum ternampak tiga kanak-kanak berusia antara 10 hingga 14 tahun terkapai-kapai lemas.
Dikatakan beliau yang melihat kejadian itu, terus terjun ke sungai yang terletak kira-kira 20 meter di hadapan rumahnya, untuk menyelamatkan kesemua kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, selepas berjaya menyelamatkan kesemua kanak-kanak itu, mangsa kemudiannya turut tenggelam dipercayai kerana kepenatan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zaidi Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.23 petang dan tiba di lokasi pada pukul 5.49 petang.
"Berdasarkan maklumat, mangsa cuba menyelamatkan tiga kanak-kanak yang hampir lemas tetapi turut tenggelam, di dalam sungai yang mempunyai kedalaman 3.3 meter.
"Dalam operasi mencari yang dijalankan, mangsa ditemui di dasar sungai pada pukul 6.38 petang, beberapa meter dari tempat beliau cuba menyelamatkan mangsa lain," katanya.
Mohd Zaidi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika ditemui dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Dikatakan beliau yang melihat kejadian itu, terus terjun ke sungai yang terletak kira-kira 20 meter di hadapan rumahnya, untuk menyelamatkan kesemua kanak-kanak itu.

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia - UOB
Cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.

Sabah benarkan kapal NCS masuki perairan ESSZONE untuk aktiviti ekonomi
Kerajaan negeri Sabah membenarkan kapal bukan konvensional (NCS) atau kumpit dari Indonesia dan Filipina memasuki perairan ESSZONE.

Peningkatan kes pembakaran terbuka punca kualiti udara tidak sihat - Tuan Ibrahim
Punca kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan dalam negara disebabkan oleh peningkatan kes pembakaran terbuka.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Tatau ditemukan putus tangan, patah kaki
Mayat Affanirul Abdullah, 14 tahun, ditemui penduduk kampung terapung dalam keadaan tidak sempurna iaitu kaki kirinya patah manakala tangan kanan putus.

Remaja lemas ketika bermain banjir bersama rakan-rakan
Mangsa, Mohammad Zamarulhisyam Shaari, 15, bersama tiga rakannya mandi air banjir yang melimpah dijalan Kampung Sangkoh, Kuala Tembeling.

Mayat remaja lemas ditemui di dasar sungai berselut
Mayat remaja yang lemas selepas mandi di Sungai Kelantan dekat Kampung Banggol, ditemukan sekitar jam 7.50 pagi tadi kira-kira tiga meter dari lokasi kali terakhir mangsa dilihat tenggelam.

Remaja 16 tahun lemas di Sungai Kampung Tualang
Mangsa bersama beberapa rakannya sedang mandi di sungai berkenaan sebelum mangsa disedari hilang.

Mayat remaja lemas di pantai Teluk Nipah ditemui
Mayat remaja yang lemas dipercayai selepas melakukan aktiviti air bersama rakan-rakannya di pantai Teluk Nipah ditemui tengah hari ini.

Remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki terbalik di Kota Tinggi
Sembilan anggota dengan dua jentera dan satu bot aluminium dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.

Banjir Kelantan: Mayat dua remaja lemas ditemui di Pasir Mas dan Tumpat
Dua remaja menjadi korban banjir di Kelantan apabila mereka ditemui lemas dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas dan Tumpat siang tadi.