JEMPOL: Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggangnya disyaki melanggar sekumpulan lembu yang melintas di Jalan Besar Lui Muda di sini pada awal pagi Jumaat.
Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian jam 3.45 pagi itu berlaku semasa mangsa, Muhammad Nabil Haikal Hariulnizam, 19, menunggang motosikal jenis Suzuki FU150 seorang diri.
"Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Kemayan menghala ke Bahau. Setiba di tempat kejadian, dia dipercayai telah melanggar sekumpulan lembu yang tiba-tiba melintas di laluan mangsa.
"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Lui Muda," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Chang Hook berkata, mayat mangsa seterusnya di bawa ke Hospital Jempol untuk tujuan bedah siasat.
"Kes di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Justeru, saksi bebas yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 06 2023
Mangsa tercampak ke atas jalan selepas melanggar lembut terbabit dan mengalami kecederaan parah di kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar/ Sinar Harian
Bekas Mufti nasihat jangan buka aib pasangan terutama selepas berpisah
Zulkifli berkata setelah berlaku perpisahan, setiap individu perlu memberi ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baharu.
Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat
Menerusi data Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia, dalam setahun rakyat di negara ini mengambil masa sembilan jam 22 minit seminggu untuk membaca 16 naskhah bercetak dan lapan digital.
Tun Juhar terima anugerah Penaung Kehormat AFEO
Anugerah sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan pembangunan sosial, ekonomi dan kejuruteraan Sabah di bawah kepimpinan Tun Juhar dan berharap agar penganugerahan itu dapat menarik pelbagai inisiatif terutama dalam bidang kejuruteraan ke Sabah.
Penyertaan Sarawak Metro di Innotrans 2024 lakar pencapaian penting
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mazli Mustaffa dalam satu kenyataan hari ini berkata penyertaan Sarawak Metro di pameran perdagangan terbesar dunia yang memberikan tumpuan kepada industri pengangkutan rel itu satu pencapaian signifikan bagi organisasi berkenaan.
PM Anwar jangka Belanjawan 2025 tambah baik kerangka ekonomi, agihan saksama
Perdana Menteri menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi itu di Kementerian Kewangan hari ini.
Sarawak sasar Delta Geopark diiktiraf tapak Geopark Global UNESCO
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya menerusi Kementerian Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar sedang dalam proses mendapatkan penilai untuk meneliti sama ada ia mematuhi semua kriteria sebagai Tapak Geopark Global UNESCO.
RM130 juta naik taraf Lapangan Terbang Tawau
Projek naik taraf Lapangan Terbang Tawau (LTT) yang dianggarkan bernilai RM130 juta dijangka akan dimulakan seawal pada tahun hadapan.
Projek infrastruktur RM40 bilion Sabah harus disegerakan
Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia mahu supaya projek infrastruktur bernilai hampir RM40 bilion di Sabah dilaksanakan sebaik mungkin demi manfaat kepada rakyat di negeri itu.
FAM bakal wujud unit khas kendali Harimau Malaya, B-23
FAM akan mewujudkan satu unit baharu bagi memantau prestasi dan menguruskan skuad bola sepak negara secara khusus.
Sekolah Menengah Kuen Cheng nafi video kes buli
Lokasi video yang diambil tidak diketahui dan langsung tidak berkaitan dengan Sekolah Menengah Kuen Cheng.
Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu
Kejadian melibatkan pertembungan tiga kenderaan iaitu sebuah Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan sebuah motosikal.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
Mangsa yang terkorban adalah bapa berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 31 tahun, manakala ibu dan anak perempuan mengalami kecederaan.
3 maut, 5 cedera kemalangan tujuh kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur
Nahas yang berlaku sekitar jam 4.13 pagi tadi membabitkan empat kereta, sebuah lori tiga tan dan dua treler.
Ibu hilang dua anak depan mata dalam perjalanan ziarah kubur suami
Luluh hati seorang ibu yang menyaksikan dua anaknya maut di depan mata dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA berhampiran Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, pada Isnin.
Penyanyi Reedzwann terlibat kemalangan, rakan maut
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak.
Seorang maut, 4 cedera nahas babit 4 kenderaan di lebuh raya
Seorang wanita maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini pagi tadi.
Tiga maut dalam dua kemalangan berasingan di Kelantan
Supt Mazlan berkata, mangsa yang berusia 48 dan 49 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, lebih kurang jam 4 petang.
Warga emas maut dilanggar, tercampak dalam gaung
Lelaki berusia 60 tahun maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi mangsa dikejarkan ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan.
Dua maut kemalangan empat kenderaan di Kota Tinggi
Menurut polis, MPV yang hilang kawalan telah melanggar motosikal sebelum penunggang dan penumpang belakang Xpander tercampak ke bahu jalan.