Skip to main content

Malaysia

Remaja maut terperosok bawah bas selepas kemalangan

KUANTAN- Seorang remaja lelaki maut selepas terperosok ke bawah bas sejurus motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Genting Highlands, arah turun pada Rabu.
Anggota bomba bertungkus-lumus membantu untuk mengeluarkan mangsa dari bawah bas. -Foto JBPM Pahang

KUANTAN: Seorang remaja lelaki maut selepas terperosok ke bawah bas sejurus motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Genting Highlands, arah turun pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa Mikail Brian Iskandar, 17, berjaya dikeluarkan dari bawah bas namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Advertisement

Menurutnya, pemandu dan penumpang bas dilaporkan selamat.

"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu jam 11.57 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands ke lokasi untuk bantuan.

"Komander operasi melaporkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas dengan motosikal jenis Honda Wave.

"Akibat kemalangan itu, penunggang terperosok di bawah bas terbabit," katanya.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan menggunakan peralatan menyelamat bagaimanapun remaja terbabit disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya. -Sinar Harian

Must Watch Video