awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja menyamar pegawai perubatan dirujuk untuk pemeriksaan psikiatri

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2024
08:16 MYT
Remaja menyamar pegawai perubatan dirujuk untuk pemeriksaan psikiatri
Perintah reman dua hari bermula Jumaat telah dikenakan terhadap remaja terbabit. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang akan dirujuk ke hospital pakar untuk pemeriksaan psikiatri dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati tindakan remaja terbabit akibat fikiran terganggu.
"Tiada sebarang motif dan dia (suspek) akan dirujuk ke hospital pakar untuk pemeriksaan psikiatri.
"Remaja itu akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat hari ini (Sabtu) sementara kertas siasatan dilengkapkan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Perintah reman dua hari bermula Jumaat terhadap remaja itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Sepang dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, mengesahkan remaja warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 9 pagi di lobi HSIS pada Khamis.
Polis turut merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital yang digunakan remaja berkenaan.
Siasatan awal polis mendapati suspek telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja menyamar pegawai perubatan
#Hospital Sultan Idris Shah
#dirujuk ke hospital pakar
#pemeriksaan psikiatri
#Hussein Omar Khan
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan