awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja parah ditetak kerana tegur pasang muzik kuat

Bernama
Bernama
20/10/2017
06:48 MYT
Remaja parah ditetak kerana tegur pasang muzik kuat
Beberapa suspek membawa parang dan pisau dan menyerang mangsa hingga mengakibatkan kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala mangsa.
Seorang remaja lelaki cedera parah di bahagian belakang dan kepala akibat ditetak, gara-gara menegur dua lelaki yang memasang muzik dengan kuat daripada pembesar suara kereta di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, dekat Pasir Gudang, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Jokhiri Abd Aziz berkata kejadian berlaku pada jam 2.05 pagi apabila mangsa berusia 17 tahun diserang kira-kira 15 lelaki di kawasan perumahan itu.
Katanya, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menegur dan menasihati dua daripada suspek kerana memasang muzik dengan kuat menggunakan pembesar suara kereta mereka yang diletakkan di kawasan flat tersebut.
"Teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan kecil sebelum sekumpulan suspek lain iaitu rakan kepada dua suspek yang awal, datang menaiki sebuah kereta dan beberapa motosikal," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, berdasarkan siasatan, sekumpulan lelaki itu kemudiannya mengerumuni mangsa yang mana beberapa suspek membawa parang dan pisau serta menyerang mangsa hingga mengakibatkan kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala mangsa.
"Kesemua suspek dipercayai bukan penghuni di kawasan flat tersebut," katanya.
Jokhiri berkata mangsa yang cedera parah kemudiannya dihantar dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dan kini berada di bawah pengawasan rapi pihak hospital.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan senjata).
Beliau berkata sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan pihak polis sedang giat memburu suspek yang terlibat.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," kata Jokhiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#parah
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan