SEPANG: Polis menahan tiga individu termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari inap desa di Taman Salak Maju di sini, pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 9 malam, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 18 dan 19 tahun di sebuah unit kondominium di Seksyen 13, Shah Alam.
"Dalam serbuan ini, polis turut berjaya menyelamatkan mangsa di unit tersebut.
"Kami turut menahan seorang lagi lelaki dipercayai teman lelaki remaja berusia 21 tahun dalam satu lagi serbuan susulan kira-kira pukul 9.30 malam di sebuah pasar raya di Seksyen 13, Shah Alam," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Wan Kamarul Azran berkata, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek lelaki mengaku terlibat dalam kes itu, sementara suspek wanita pula tidak mengaku terbabit dalam kes itu dan hanya berada bersama dua suspek lelaki serta mangsa di lokasi tangkapan
Menurutnya, mangsa berkenalan dengan teman lelakinya menerusi Instagram sejak tiga tahun yang lalu.
"Kami percaya motif kejadian adalah disebabkan cinta," ujarnya.
"Mereka (kedua-dua suspek lelaki) juga mengaku menaiki motosikal bersama ke kawasan berdekatan dengan inap desa itu untuk berjumpa dengan mangsa," jelasnya.
Wan Kamarul Azran menambah, teman lelaki remaja tersebut kemudian bersama mangsa menaiki kenderaan e-hailing manakala seorang lagi suspek lelaki menaiki motosikal pulang ke rumah mereka di Seksyen 13, Shah Alam.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Jika sabit keslahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Sebelum ini, remaja perempuan, Salsabila Putri Mad Nasir, 13, dilaporkan hilang selepas keluar dari sebuah inap desa di Taman Salak Maju pada 25 Disember lalu.
BACA: Polis ambil keterangan ahli keluarga remaja hilang dari inap desa
Umavathi Ramayah
Wed Dec 28 2022
Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa mengenali salah seorang suspek menerusi Instragram, tiga tahun lalu. - Foto fail/Sinar Harian
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Orang hilang: Polis minta bantuan kesan Noraqilah
Noraqilah, 19, dipercayai kali terakhir dilihat keluar daripada rumah untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.
Polis mohon bantuan kesan Puteri Damia Darwisyah yang hilang sejak Ahad
Puteri Damia Darwisyah Abdullah berketinggian 155 sentimeter dengan berat anggaran 60 kilogram serta berkulit sawo matang.
Polis minta bantuan orang ramai kesan Siti Nur Balqis
Siti Nur Balqis Muhafuddin yang berbangsa Melayu dan mempunyai warna kulit kuning langsat.
Polis kesan remaja perempuan hilang
Gadis itu dikenali sebagai Gayathri, 17, berkulit gelap, bertubuh gemuk dan beralamat di Jalan Pasir Puteh di sini, yang kali terakhir dilihat ahli keluarga pada 8 April.
Remaja lari dari asrama ditemui selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama di sebuah sekolah menengah pada awal pagi berjaya ditemui di sebuah kedai serbaneka di sini pada malam Rabu.
Polis kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Shalini Krishnan kali terakhir dilihat berada di rumahnya sekitar jam 6.55 pagi.
Remaja perempuan hilang dari inap desa ditemui selamat, 'diculik' kerana cinta
Polis menahan tiga individu termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari inap desa di Taman Salak Maju di sini, pada Ahad lalu.
Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
S Madhumitra beralamat di No 89, Laluan Buntong Jaya 8, Buntong 3 Tambahan, Taman Rishah, Ipoh.
Remaja perempuan hilang di Bercham ditemukan selamat di Selangor
Maizatul Asikin Abdullah ditemukan orang awam di sebuah restoran di Sungai Buloh, kira-kira jam 3 petang Rabu.
Remaja hilang lepas hantar baju kepada rakan
Pelajar itu dipercayai keluar dari rumahnya pada 25 Mei lalu, pada pukul 9 pagi untuk bertemu rakan di stesen kereta api Batu 9.