awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ambil keterangan ahli keluarga remaja hilang dari inap desa

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/12/2022
07:50 MYT
Polis ambil keterangan ahli keluarga remaja hilang dari inap desa
Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarkan rakaman CCTV, Salsabila Putri Md Nasir (gambar), keluar dari homestay berkenaan dan berjumpa dengan seorang lelaki. - Foto fail/Sinar Harian
SEPANG: Polis selesai mengambil keterangan empat ahli keluarga seorang remaja perempuan yang hilang sejak Ahad selepas keluar dari inap desa (homestay) di Taman Salak Maju di sini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mereka yang direkodkan keterangan adalah ibu bapa, kakak serta abang remaja itu.
"Buat masa ini, kita masih lagi mengesan remaja itu," katanya pada kenyataan di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, Wan Kamarul Azran berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan homestay itu mendapati, Salsabila Putri Md Nasir, 13, remaja berpakaian serba hitam keluar dari rumah sewa itu dan berjumpa dengan seorang lelaki.
BACA: Polis sahkan remaja perempuan hilang di Sepang
Katanya, remaja itu kemudian dilihat menaiki motosikal yang ditunggangi lelaki yang tidak dikenali itu.
Beliau berkata, abangnya cuba menghubungi Salsabila beberapa kali namun tidak berjaya.
Katanya, abangnya turut mendakwa Salsabila banyak mengenali rakan menerusi permainan dalam talian.
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#orang hilang
#permainan dalam talian
#rakaman litar tertutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan