awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan hilang sejak Rabu

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/01/2025
20:30 MYT
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Lavaniya Vijayamaran, berketinggian 160 sentimeter dengan berat badan kira-kira 60 kilogram serta berkulit gelap. - Foto IPD Kajang
KAJANG: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, di sini, sejak Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga remaja itu pada jam 8.25 malam, pada hari sama.
Menurut laporan itu, remaja itu kali terakhir dilihat di kediamannya di Anggerik Residensi, Jalan Anggerik Residensi, Taman Anggerik Perdana, Semenyih, pada hari sama.
"Mangsa yang dikenali sebagai Lavaniya Vijayamaran, berketinggian 160 sentimeter dengan berat badan kira-kira 60 kilogram (kg) serta berkulit gelap," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Orang hilang (OH) itu, kata Naazron, berambut panjang serta berikal dan semasa kejadian, dia memakai baju dan seluar berwarna hitam.
"Kita mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu ini untuk tampil ke mana-mana balai polis untuk membantu siasatan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#orang hilang
#Remaja perempuan
#Polis Diraja Malaysia
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan