awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan hilang selepas keluar rumah

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2022
00:40 MYT
Remaja perempuan hilang selepas keluar rumah
Orang ramai yang mempunyai maklumat diharap tampil menghubungi pihak polis.
PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan dipercayai hilang selepas keluar rumah dalam kejadian di Mentari Court, Taman Sri Mentari di sini pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya sebelum ini menerima laporan berkaitan kehilangan remaja berumur 16 tahun itu kira-kira jam 9.03 malam.
"Laporan diterima Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya berkaitan kehilangan seorang remaja perempuan bernama Dhiviya a/p Ravi berumur 16 tahun.
"Mangsa dipercayai hilang selepas keluar rumah di alamat Blok G Mentari Court Jalan PJS 8/9 Taman Sri Mentari, Petaling Jaya kira-kira jam 7.10 pagi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diharap tampil menghubungi pihak polis.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diharap berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Yugarajan a/l Raman di talian 014-3049419 bagi membantu siasatan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#remaja
#hilang
#keluar rumah
#Dhiviya a p Ravi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan