Seorang remaja perempuan terjaga dari tidur selepas mendengar tangisan seorang bayi namun tidak menyangka bayi berkenaan merupakan bayi malang yang ditinggalkan di hadapan rumahnya.
Dalam kejadian 2.30 pagi Isnin itu, Nor Mawani Ahmad, 17 tahun, yang sedang nyeyak tidur terjaga selepas terdengar suara bayi menangis.
Nor Mawani kemudian meningjau ke hadapan rumahnya dan ternampak seorang bayi masih bertali pusat sedang menangis tanpa seurat benang.
Nor Mawani kemudiannya menghubungi polis sebelum membuat laporan di IPD Kota Setar 10 pagi Isnin.
Bayi lelaki yang sempurna sifat itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan yang mengesahkan menerima laporan penemuan bayi itu telah menubuhkan satu unit khas untuk menjalankan siasatan.
Kes disiasat di bawah seksyen 317 Kanun Keseksaan (buang bayi).