awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan lemas jatuh sungai

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
25/12/2014
10:08 MYT
Remaja perempuan lemas jatuh sungai
Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam Sungai Kesom telah berjaya dijumpai oleh pihak Bomba. - Foto Twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat
Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam Sungai Kesom, di Kampung Kesom Che Nordin, Manir, Kuala Terengganu, telah berjaya dijumpai oleh pihak Bomba.
Menurut akaun Twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat mayat Nor Atikah Baharuddin, 14, ditemui oleh pasukan Bomba bersama orang ramai di dasar sungai itu di dalam kejadian kira-kira 12.40 tengahari tadi.
“Mangsa dijumpai di dasar sungai anggaran tiga meter dari lokasi. Dipercayai mangsa lemas,” kata pihak Bomba di dalam twit tersebut.
Menurut twit itu lagi, mangsa bersama tiga orang saudara lelakinya sedang melalui tepi sungai itu, sebelum Nor Atikah dikatakan tergelincir dan gagal mengimbangi badannya sebelum terjatuh ke dalam sungai berkenaan.
“Mangsa cuba diselamatkan tiga saudaranya tetapi gagal, malah dua daripada mereka juga hampir lemas bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam,” kata pihak Bomba.
Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.
MANGSA LEMAS DI MANIR , KUALA TERENGGANU TELAH DIJUMPAI #BOMBA pic.twitter.com/ZmiI0wQunV
— BOMBA (@bombaJBPM) December 25, 2014
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#lemas
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan