Seorang pelajar lelaki tingkatan satu sebuah sekolah di Tanah Merah terputus kaki kiri akibat motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu melanggar penghadang jalan raya dan bukannya kerana bermain 'basikal lajak' seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata remaja tersebut kini dalam keadaan koma sedang dirawat di Hospital Tanah Merah.
"Kita sedang menunggu saksi kejadian itu membuat laporan polis," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Aidilfitri Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di sini Jumaat malam.
Sejak semalam, beberapa gambar kemalangan merujuk kepada remaja itu tular di laman sosial dengan menunjukkan mangsa parah dengan sebelah kakinya terputus hingga paras paha.
Laporan yang tular itu menyebut bahawa kejadian itu berlaku pada 4 petang apabila remaja berkenaan dikatakan melanggar penghadang besi ketika bermain basikal lajak di tepi jalan di Tanah Merah.
Menurut laporan itu lagi remaja terbabit kemudiannya dihantar ke hospital dalam keadaan parah oleh penduduk berdekatan menggunakan pacuan empat roda.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 14 2018
Sejak semalam, beberapa gambar kemalangan merujuk kepada remaja itu tular di laman sosial dengan menunjukkan mangsa parah dengan sebelah kakinya terputus hingga paras paha. - Sinarharian.com
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
10 Berita Pilihan - (30 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
16 pegawai, anggota polis Kedah dibuang kerja tahun 2020
Secara keseluruhan sebanyak 192 kertas siasatan dibuka dalam tempoh Januari hingga Disember 2020.
Tiada tangkapan pelanggaran SOP musim perayaan di Kelantan
Polis Kelantan membuat pemeriksaan ke atas 262 buah rumah sejak hari pertama sambutan Aidilfitri dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB.
Tiga beradik lepaskan tembakan gara-gara pintu bilik hotel dipecahkan
Tiga das tembakan yang dilepaskan di Kampung Cabang Tiga Bagus, Rantau Panjang pagi Isnin disebabkan marah pintu bilik hotel dipecahkan seorang lelaki.
Remaja putus kaki kiri bukan akibat bermain basikal lajak
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata remaja tersebut kini dalam keadaan koma sedang dirawat di Hospital Tanah Merah.
Gereja, kuil di Kota Bharu dibaling 'penapis air berapi'
Goo Siew Lai dikejutkan dengan bunyi tingkap pecah di tingkat 3 dan 4 pukul 12 tengah malam tadi ketika sedang asyik membaca buku di tingkat 2.
Polis mahu penduduk di sempadan Kelantan-Thailand henti kegiatan penyeludupan
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan mahu penduduk di kawasan sempadan Kelantan-Thailand yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang segera meninggalkan aktiviti itu
Op Selamat 11 di Kelantan catat 11 kematian
Sebanyak 11 kematian direkodkan daripada 489 kemalangan jalan raya yang berlaku di Kelantan sehingga semalam sejak Op Selamat 11 dilancarkan 18 Jun lepas.