Remaja perempuan berusia 14 tahun yang mengalami retak di bahagian tengkorak, dipercayai akibat dipukul dalam satu kejadian samun di rumahnya di Kampung Masjid, Kajang pada Jumaat lepas, selamat menjalani pembedahan pagi tadi.
Ibu saudaranya Siti Haishah Mansor, 30 berkata Syazana Amirah Asshaari selesai menjalani pembedahan di kepala selama lebih tujuh jam bermula 4 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Siti Haishah yang ditemui Bernama di HKL hari ini, berkata Syazana Amirah yang dipanggil Nana belum sedarkan diri dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neurologi.
"Memang ini perbuatan di luar batasan dan saya terkejut dengan apa yang terjadi kepada Nana...kami mengharapkan orang ramai turut mendoakan Nana pulih dengan segera seperti biasa," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, Syazana Amirah ditemui ibunya Siti Rafiah Mansor, 48, dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan berlumuran darah serta kecederaan di kepala dan dagu.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan dalam satu kenyataan, berkata pemeriksaan mendapati tengkorak mangsa di sebelah kiri dan kanan retak dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan tajam.
Othman berkata dua unit telefon bimbit serta dompet milik mangsa juga dilaporkan hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2017
Syazana Amirah Asshaari selesai menjalani pembedahan di kepala selama lebih tujuh jam bermula 4 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). - Gambar fail
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Projek Institut Perubatan Forensik Negara HKL baharu dijangka siap 6 Okt 2026
Pembinaan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang baharu dijangka siap sepenuhnya pada 6 Okt 2026, kata Timbalan Menteri Kerja Raya.
JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU
Anggota polis pengiring yang memukul seorang pemandu e-hailing di lobi hotel baru-baru ini sedang disiasat oleh JIPS dari sudut tatatertib
Kerajaan sedia segerakan kemudahan wad kelas tiga HKL - Anwar
Kerajaan akan menyegerakan penyediaan kemudahan yang perlu di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi keselesaan pesakit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
HKL siasat dakwaan insiden komplikasi berhubung penggunaan mesin ventilator
Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang menyiasat dakwaan insiden komplikasi membabitkan pesakit yang menerima bantuan pernafasan melalui mesin ventilator di hospital itu.
PM selesai jalani pembedahan kecil gigi
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perkongsian di laman Facebook memaklumkan beliau kini berada dalam pemantauan pihak hospital sehingga esok.
Najib tidak hadir prosiding, dirujuk ke HKL selepas alami cirit-birit dan dehidrasi
Perkara itu disahkan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara Kajang, Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni.
KKD komited pastikan HKL dilengkapi 5G - Fahmi
KKD komited dalam memastikan kawasan hospital kerajaan khususnya HKL dilengkapi kemudahan rangkaian 5G yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
MRT HKL mudahkan warga kota, pesakit dapatkan rawatan
Stesen MRT HKL antara yang mesra pengguna dan dilengkapi kemudahan laluan gerak atau walkalator sepanjang 400 meter.
KKM pertimbang peruntukan khas pendigitalan rekod pesakit HKL
Hospital berusia lebih 150 tahun kini bergantung kepada kaedah manual untuk merekodkan kira-kira 16,000 data pesakit dalam tempoh sehari.