awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman dua beradik kes dadah dilanjut empat hari

Bernama
Bernama
16/01/2023
03:44 MYT
Reman dua beradik kes dadah dilanjut empat hari
Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, reman suspek berumur 44 dan 45 tahun itu yang bermula pada Selasa lepas disambung sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar BERNAMA
IPOH: Reman ke atas dua beradik lelaki yang ditahan ketika sedang asyik memasak dan memproses dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampar pada minggu lepas dilanjutkan empat hari lagi.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, reman suspek berumur 44 dan 45 tahun itu yang bermula pada Selasa lepas disambung sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pada 9 Jan lepas, kedua-dua penganggur itu ditahan dalam serbuan kira-kira 4 petang bersama beberapa jenis dadah antaranya heroin dan syabu di rumah berkenaan hasil risikan pihak polis dan maklumat orang awam.
Siasatan polis mendapati rumah terbabit dijadikan makmal memproses dadah sejak Disember lepas untuk kegunaan pasaran tempatan.
Selepas diperiksa, terdapat kira-kira 40 kilogram heroin bernilai mencecah RM600,000 selain cecair disyaki dadah bernilai RM60,000. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#reman
#dilanjutkan
#reman dua beradik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan