awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman ibu, teman lelaki dera kanak-kanak lima tahun hingga mati dilanjutkan

Bernama
Bernama
30/08/2023
05:44 MYT
Reman ibu, teman lelaki dera kanak-kanak lima tahun hingga mati dilanjutkan
A Anbalagan berkata sebelum ini, kedua-dua suspek yang ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, telah direman selama seminggu dan tamat semalam. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tempoh reman seorang wanita dan teman lelakinya disambung tujuh hari sehingga 5 Sept ini bagi membantu siasatan kes kematian anak kandung wanita itu yang berumur lima tahun, dalam kejadian pada 22 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata sebelum ini, kedua-dua suspek yang ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, telah direman selama seminggu dan tamat semalam.
"Sebarang arahan pertuduhan akan dimaklumkan kelak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada Sabtu lepas, Anbalagan berkata seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan teman lelakinya ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang pada 12.50 tengah malam selepas dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Susulan itu, beliau berkata ibu kandung mangsa yang berusia 44 tahun dan teman lelakinya, 29, yang bekerja sebagai pemandu lori telah ditahan.
Katanya kedua-dua suspek yang mengaku mendera mangsa sehingga mati juga telah membuat laporan polis palsu yang menyatakan telah terlanggar kanak-kanak itu dengan lori.
Hasil bedah siasat mendapati kematian kanak-kanak malang itu adalah disebabkan kecederaan pada tisu lembut akibat pukulan objek tumpul.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#reman dilanjutkan
#kes kematian anak kandung
#mangsa dera
#ibu kandung dan teman lelakinya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan