awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman pengurus projek selewang skim baja RM2.54 juta disambung

Raffi Bachik
Raffi Bachik
26/11/2017
07:55 MYT
Reman pengurus projek selewang skim baja RM2.54 juta disambung
Perintah reman pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka disambung lima hari.
Perintah reman ke atas seorang pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka dilanjutkan lima hari bermula esok bagi membantu siasatan kes penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) berjumlah RM2.54 juta.
Perintah reman ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Lee Kim Keat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Suspek yang tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh sekitar 10 pagi dengan diiringi anggota dan pegawai SPRM.
Suspek sebelum ini ditahan pada jam 3 petang di pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Melaka di Jalan Hang Tuah pada 20 November lalu dan direman selama enam hari yang berakhir hari ini.
Penahanan dibuat selepas suspek dipercayai membuat sebanyak 23 tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM2.54 juta melibatkan sejumlah 56,700 kampit baja sepanjang tahun lalu yang tidak pernah diluluskan oleh Mesyuarat Penapis PPK tersebut.
Kerajaan telah membayar kira-kira RM1.33 juta daripada tuntutan tersebut manakala selebihnya belum dibayar.
Sepanjang tempoh siasatan, tiga suspek termasuk dua pesawah dan seorang pekebun berusia antara 48 hingga 52 tahun turut ditahan sejak Selasa lalu bagi membantu di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#ayer keroh
#kampit baja
#Lembaga Pertubuhan Peladang
#Melaka
#pengurus projek
#RM2 54 juta
#SBPKP
#Seleweng Baja
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan