Tujuh individu termasuk dua pasangan suami isteri yang ditahan susulan penemuan cecair vape disyaki mengandungi dadah jenis ganja dan biskut ganja pada Isnin lepas, direman tujuh hari mulai hari sama bagi membantu siasatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan di Banting, Ampang dan Kelana Jaya.
"Dua pasangan suami isteri itu ditahan di Banting dan Ampang, manakala tiga lagi individu termasuk seorang wanita ditahan di Kelana Jaya bersama alat memproses ganja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman di sini pada Rabu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mendedahkan mengenai penemuan 214 botol cecair vape dan biskut ganja berkenaan dalam operasi yang dilakukan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.
Mohd Mokhtar menjelaskan bahawa botol-botol cecair vape itu mempunyai berat 3,210 ml, dan selain sebalang biskut ganja, turut dirampas ialah beberapa ketulan mampat serta ceraian daun kering dipercayai ganja seberat 7.1 kg.
Mohd Mokhtar berkata polis percaya media sosial digunakan dalam urusan jual beli bahan berkenaan yang dihantar melalui pos laju.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggunakan cecair e-rokok dan vape yang mengandungi sebarang jenis dadah," tegasnya.
Tahanan reman ke atas tujuh individu berkenaan dibuat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata 171,831 orang termasuk 6,524 warga asing ditangkap sejak 1 Jan hingga 6 Dis lepas berkaitan kesalahan dadah, dengan nilai rampasan dadah RM233 juta.
Bernama
Wed Dec 09 2015
Tahanan reman ke atas tujuh individu berkenaan dibuat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Foto Bernama
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Didenda gara-gara beri anjing liar makan biskut
Memberi makan kepada anjing itu adalah dilarang kerana ia boleh menyebabkan haiwan itu mendekati orang ramai untuk mendapatkan makanan.
Isu pencemaran acrylamide, glycidol dalam biskut, KKM beri jaminan risiko terhadap kesihatan rendah
Pemantauan BKKM mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 g/kg (mikrogram per kilogram).
7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan
Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan cara membiasakan anak-anak pilih buah-buahan dan tidak makan makanan yang tak sihat.
Bekas pesakit buah pinggang tidak menang tangan siapkan tempahan kuih raya
Seorang remaja tidak menang tangan menghasilkan 20,000 biji biskut raya pelbagai jenis yang ditempah pelanggan.
Manusia kecoh! Biskut susu alien mendarat di media sosial
Selepas biskut nasi lemak, kini laman sosial sekali lagi dimeriahkan dengan kemunculan biskut susu alien yang mengundang reaksi pelbagai pengguna laman sosial.
Biskut berasap mula-mula sedap, kemudian...
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun melecur tapak tangan dan mengalami kesakitan di bahagian tekak gara-gara biskut yang mengeluarkan asap apabila dimakan.
Reman seminggu susulan rampasan 214 botol vape perisa ganja
Tujuh individu termasuk dua pasangan suami isteri yang ditahan susulan penemuan cecair vape disyaki mengandungi dadah jenis ganja.
Cloud Cookies sasar buka 10 cawangan
Cloud Cookies merancang untuk membuka 10 cawangan di pusat beli-belah sekitar Lembah Klang dalam tempoh dua tahun.