awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman suspek tembak wanita hamil disambung tujuh hari

Sinar Harian
Sinar Harian
30/07/2025
02:25 MYT
Reman suspek tembak wanita hamil disambung tujuh hari
Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Pasir Mas dengan menaiki kenderaan polis. - Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Tempoh reman terhadap suspek kes bunuh seorang wanita hamil yang maut ditembak dalam kejadian di Kampung Repek di sini pada 3 Jun 2022 lalu, disambung selama tujuh hari bermula 31 Julai hingga 6 Ogos.
Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali.
Permohonan reman tersebut dibuat bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di Kompleks Mahkamah Pasir Mas kira-kira jam 8.42 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita hamil tujuh bulan maut selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek.
Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga, ditemui terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#reman
#Pasir Mas
#tembak wanita hamil
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan