awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rembesan minyak dari tangki penuh antara punca kenderaan terbakar - Bomba

Bernama
Bernama
18/02/2015
12:29 MYT
Rembesan minyak dari tangki penuh antara punca kenderaan terbakar - Bomba
Sepanjang Januari tahun ini, sebanyak 333 kes kebakaran kenderaan direkodkan dan daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah tertinggi sebanyak 107 kes. - Gambar fail
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan minyak yang penuh di dalam tangki serta berlaku rembesan menyebabkan punca berlakunya kebakaran kenderaan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Soiman Jahid, bagaimanapun berkata beberapa faktor lain seperti litar pintas dan sistem pendawaian juga boleh menyebabkan kenderaan terbakar.
Namun, beliau berkata sehingga kini tiada kajian saintifik dan komprehensif dilakukan oleh mana-mana pihak berhubung punca sebenar berlaku kebakaran dan letupan terhadap kenderaan.
"Berdasarkan kajian penyiasatan jabatan bomba dan menerusi hipotesis yang dibuat, pendawaian tidak mengikut spesifikasi asal yang dilakukan pada kenderaan menyebabkan tercetusnya insiden itu (kebakaran).
"Kita juga percaya minyak yang penuh sehingga menyebabkan lelehan dan rembesan pada penutup, menyokong faktor berkenaan sehingga tercetusnya letupan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan siri 1, 2 dan 3/2014, di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wakaf Tapai, di sini hari ini.
Pagi semalam, enam sekeluarga dalam perjalanan dari Gombak, Selangor menuju Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun nyaris rentung apabila kereta mereka terbakar di Kilometer 284.6, susur keluar Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di Kemaman.
Soiman berkata sepanjang Januari tahun ini, sebanyak 333 kes kebakaran kenderaan direkodkan dan daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah tertinggi sebanyak 107 kes.
Justeru, beliau menyarankan kepada pemilik kenderaan persendirian, awam dan lori komersial supaya menyediakan alat pemadam api dalam kenderaan masing-masing.
"Sekarang banyak kebakaran melibatkan kenderaa. Ada mangsa tersepit dan rentung. Kita yakin inisiatif menyediakan alat pemadam api itu dapat mengurangkan kebakaran pada kenderaan.
"Bila mereka berhadapan dengan insiden seperti ini, mereka dapat mengambil langkah awal memadamkan sendiri, dan jika tidak berlaku pada diri sendiri, mereka mungkin boleh membantu pada kenderaan yang mengalami musibah tersebut," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga telah mengemukakan perkara tersebut kepada pihak berkaitan agar mengkaji dan mengenal pasti punca dan mencari penyelesaian untuk mengelak berlakunya kebakaran terhadap kenderaan di jalan raya.
Topic Berkaitan
#bomba
#JBPM
#kenderaan
#minyak
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan