awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rempuhan go-kart: Netizen persoalkan penganjur tidak utamakan keselamatan

Syafique Shuib
Syafique Shuib
25/09/2016
12:12 MYT
Rempuhan go-kart: Netizen persoalkan penganjur tidak utamakan keselamatan
Netizen berkata penghadang plastik yang memisahkan antara laluan perlumbaan dan kawasan penonton tidak diisikan dengan air.
Netizen mempersoalkan ciri-ciri keselamatan dalam penganjuran perlumbaan go-kart yang menyebabkan dua beranak terbunuh.
Ia berikutan seorang lelaki berusia 30 tahun dan anak perempuannya yang berusia empat tahun dirempuh ketika menyaksikan perlumbaan Go-Kart EIMARace 2016 di Jalan Sukpa pagi tadi.
Menerusi visual kejadian yang kini viral di media sosial, netizen berkata penghadang plastik yang memisahkan antara laluan perlumbaan dan kawasan penonton seperti tidak diisikan dengan air.
“Penghadang plastik itu sepatutnya diisi dengan air,” kata seorang netizen bernama @IamAmadz di Twitter.
@_siggplus @ashwadismail @501Awani plastic barricade tu patut isi air.
— A M A D (@IAmAmadz) September 25, 2016
@MeanMijer @ashwadismail @501Awani water barrier tu pon diorang x letak air dalam dia..
— N (@iTweetx) September 25, 2016
Kahkahkah pakai water barrier tu je ke? Dah lah kosong tak isi air. https://t.co/jFiqB2zv6O
— Pedoq Bannana (@pedoqpop) September 25, 2016
@ashwadismail @501Awani penghadang jln just guna yg plastik tu je...aduhaii
— Matt Dwan (@matt_dwan) September 25, 2016
@pedoqpop @ashwadismail @501Awani kt construction pun xde kereta lalu kne maki suruh isi air . Ni lagi laa ade kereta hahaha
— Zeff. (@wannRahim) September 25, 2016
Ada juga yang berkata bahawa prosedur operasi standard (SOP) keselamatan tidak diikuti.
@ashwadismail @501Awani xde ikut sop keselamtan lngsung nie
— Matt Dwan (@matt_dwan) September 25, 2016
@ashwadismail @501Awani Inilah sikap penganjur yg mengambil keselamatan penonton dengan sambil lewa dan tak ikut panduan. Teruk betul.
— Ahmad Hafiz (@ahmadhafizx) September 25, 2016
Ada juga berkata bahawa tindakan undang-undang harus diambil terhadap pihak penganjur.
@1Obefiend @501Awani organizer should be fined and jailed for this
— nabilhasbullah (@Nabil_Sarjan) September 25, 2016
@501Awani Sikap cuai pihak penganjur terhadap keselamatan penonton, sekadar m'gunakn penghadang plastik. Tindakan undang2 perlu diambil.
— huzaifah (@M_Huzaifah_) September 25, 2016
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya pula menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Topic Berkaitan
#dua beranak
#EIMARace
#go-kart
#Izuan Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan