MALAYSIA

Rempuhan go-kart: Netizen persoalkan penganjur tidak utamakan keselamatan

Syafique Shuib 25/09/2016 | 12:12 MYT
Netizen berkata penghadang plastik yang memisahkan antara laluan perlumbaan dan kawasan penonton tidak diisikan dengan air.
Netizen mempersoalkan ciri-ciri keselamatan dalam penganjuran perlumbaan go-kart yang menyebabkan dua beranak terbunuh.
Ia berikutan seorang lelaki berusia 30 tahun dan anak perempuannya yang berusia empat tahun dirempuh ketika menyaksikan perlumbaan Go-Kart EIMARace 2016 di Jalan Sukpa pagi tadi.
Menerusi visual kejadian yang kini viral di media sosial, netizen berkata penghadang plastik yang memisahkan antara laluan perlumbaan dan kawasan penonton seperti tidak diisikan dengan air.
“Penghadang plastik itu sepatutnya diisi dengan air,” kata seorang netizen bernama @IamAmadz di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ada juga yang berkata bahawa prosedur operasi standard (SOP) keselamatan tidak diikuti.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga berkata bahawa tindakan undang-undang harus diambil terhadap pihak penganjur.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya pula menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
#dua beranak #EIMARace #go-kart #Izuan Isa