Hidangan rendang daging unta dan nasi himpit antara juadah hari raya bagi kira-kira 80 kakitangan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang mengendalikan tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) di Mekah, Arab Saudi.
Prasarana dalam satu kenyataan berkata nasi tomato dan ayam masak merah turut disajikan pada jamuan raya itu bagi membantu mengubat rindu dan memberikan sedikit keseronokan kepada kakitangan Prasarana yang tidak berpeluang berhari raya di kampung.
“Ada yang mengambil inisiatif mengubat rindu berkenaan dengan bersama-sama berkunjung ke Masjidil Haram untuk mengambil berkat dan merakam detik bersejarah peribadi dengan menunaikan sembahyang sunat hari raya di masjid teragung untuk umat Islam.
“Mereka berpakaian lengkap berbaju Melayu dengan bersamping, untuk meraikan hari raya dengan bergaya di Masjidil Haram,” menurut kenyataan itu di sini, pada Isnin.
Menurut Prasarana, selain beberapa staf tetap yang bertugas di Arab Saudi untuk projek ini, ada dalam kalangan mereka yang tiba di Mekah seawal bulan April untuk ditugaskan sementara dengan MMMSL yang bakal memulakan operasi tujuh hari bersempena dengan ibadat haji antara 29 Ogos dan 4 Sept ini.
Pada Mei 2015, Prasarana diberi kontrak mengambil alih kerja-kerja mengendali dan menyenggara MMMSL daripada China Railway Construction Consortium (CRCC), yang mengendalikan laluan itu sejak perkhidmatan berkenaan dimulakan pada 2010.
Berucap pada majlis jamuan berkenaan, Pengarah Operasi MMMSL, Muhammad Burhanordin Ismail merakamkan ucapan penghargaan kepada kakitangan yang menyambut Aidilfitri di Mekah atas komitmen dan dedikasi mereka.
“Kita mempunyai amanah dan tanggungjawab yang amat besar untuk membantu memudahkan para jemaah menunaikan ibadat haji mereka apabila sampai musim haji. Kita bertanggungjawab untuk perjalanan kira-kira 350,000 orang jemaah untuk menggunakan tren MMMSL,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2017
Warga kerja Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bertugas untuk operasi tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), Mekah meraikan 1 Syawal dengan hidangan istimewa. - Facebook / Warna Prasarana @warna.prasarana
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.