awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rentas Negeri: Polis kesan borang, tandatangan palsu cubaan pulang ke kampung

Fareez Azman
Fareez Azman
09/05/2021
11:14 MYT
Rentas Negeri: Polis kesan borang, tandatangan palsu cubaan pulang ke kampung
Sekatan jalan raya Plaza Tol Bentong, Pahang dijalankan 24 jam bagi memastikan tiada individu merentas negeri tanpa kebenaran. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sekalipun peraturan larangan merentas negeri sudah dikeluarkan, namun, masih ada orang awam yang berani melakukan percubaan itu meskipun berdepan dengan tindakan kompaun.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, dalam tempoh dua hari lalu sebanyak empat kompaun dikeluarkan terhadap individu melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam pemeriksaan yang diadakan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bentong misalnya, beliau berkata, polis mendapati terdapat sebilangan yang mengemukakan borang rentas negeri yang dipalsukan tandatangan.
"Sehingga sekarang pihak kami telah keluarkan empat kompaun di SJR Plaza Tol Bentong, kami periksa (dokumen penumpang) dalam bas ekspres menghala ke pantai timur.
"Kami juga telah buat dua tangkapan warganegara asing yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuantan, semakan mendapati mereka tiada dokumen diri dan mengemukakan borang rentas negeri yang dipalsukan tandatangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengesan bagaimana mereka memperoleh borang rentas negeri terbabit.
Jelas Zaiham, sebelum ini terdapat kes di mana pihaknya berjaya membongkar taktik individu yang cuba merentas negeri dengan melakukan perkara sama.
"Sebelum ini pihak kami berjaya buat tangkapan, apabila ada memalsukan borang rentas negeri, tandatangan palsu ketua polis balai, masa dan nombor siri sebagainya.
"Pelbagai alasan diberikan paling banyak urusan perubatan dan urusan kerja," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#Astro Awani
#tol
#Cuba
#Kuantan
#polis
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#rentas negeri
#COVID-19
#Polis Diraja Malaysia
#siasatan
#tandatangan palsu
#borang palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan