awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rentas negeri punca peningkatan kes positif COVID-19 di Terengganu - Exco

Bernama
Bernama
10/01/2021
10:33 MYT
Rentas negeri punca peningkatan kes positif COVID-19 di Terengganu - Exco
Kata Dr Alias, negeri itu mencatatkan sebanyak 216 kes positif dan daripada jumlah tersebut sebanyak 73.6 peratus penyumbang adalah daripada individu yang datang dari zon merah di luar Terengganu. - BERNAMA
KUALA TERENGGANU:Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes COVID-19 di Terengganu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak.
Katanya sehingga semalam negeri itu mencatatkan sebanyak 216 kes positif dan daripada jumlah tersebut sebanyak 73.6 peratus penyumbang adalah daripada individu yang datang dari zon merah di luar Terengganu.
"Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebelum ini telah meminta individu yang datang dari zon merah menjalani saringan COVID-19 dan ia mendapat maklum balas yang baik...daripada itu kita dapat mengesan ramai yang positif.
"Kebanyakan mereka yang datang (saringan) pada awalnya tidak mempunyai sebarang gejala COVID-19 tetapi keputusan akhirnya menunjukkan positif dan mereka kemudiannya ditempatkan di pusat kuarantin untuk menerima rawatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) (ILKKM) Kuala Terengganu, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ILKKM
#rentas negeri
#kes positif
#COVID-19
#kesihatan
#terengganu
#Dr Alias Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan