awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rentas Peninsular: 21 kenderaan klasik kumpul RM15,000 bantu pusat haiwan terbiar

Aida Aziz
Aida Aziz
16/03/2023
23:45 MYT
Rentas Peninsular: 21 kenderaan klasik kumpul RM15,000 bantu pusat haiwan terbiar
Antara kenderaan klasik yang menyertai program Rentas Peninsular 2023. - Astro AWANI
IPOH: Sebanyak 21 kenderaan klasik pelbagai model berlepas dari hentian rehat dan rawat (R&R) Jelapang, di sini semalam sempena program Rentas Peninsular 2023.
Program disertai seramai 30 peserta dari dalam dan luar negara itu antara lain bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada Persatuan Prihatin Haiwan Terbiar Ipoh, Perak (Papansouls).
Menerusi program itu juga, peserta akan menempuh cabaran memandu selama 72 jam dengan laluan sejauh 1,500 kilometer bermula di Ipoh merentasi Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan dan akan berakhir di Kangar, Perlis.
Menurut Jawatankuasa program, Dr Haridev Devdas, program berjalan lancar dengan pelepasan sebanyak 18 kenderaan klasik membabitkan penyertaan dari seluruh Malaysia dan ditambah kenderaan dari Ipoh.
"Sebagai tanda sokongan, tiga kenderaan dari Ipoh akan merentas bersama-sama sehingga ke Kuala Kangsar dan selebihnya iaitu 18 kenderaan klasik yang lain akan meneruskan perjalanan sehingga ke penghujung.
"Ini adalah program merentas secara santai dan bukanlah berkonsep pertandingan, jadi memang pemanduan tidak terikat dengan masa tetapi lebih kepada melihat daya ketahanan kenderaan klasik yang dipandu itu," katanya ketika ditemui pada sesi pelepasan kenderaan klasik berkenaan pada Khamis.
Antara kenderaan klasik yang menyertai program Rentas Peninsular 2023. - Astro AWANI
Antara kenderaan klasik yang menyertai program Rentas Peninsular 2023. - Astro AWANI
Tambahnya, program permotoran amal itu berjaya melepasi sasaran pengumpulan dana sebanyak RM15,000 untuk disalurkan kepada Persatuan Prihatin Haiwan Terbiar Ipoh, Perak (Papansouls).
"Kita menyasarkan dana sebanyak RM10,000, bagaimanapun kutipan melepasi sasaran sebanyak RM15,000.
"Dana diperoleh bukan sahaja daripada peserta yang menyertai program tetapi daripada pelbagai individu dan pihak dan ia secara terus diserahkan kepada Papansouls.
"Matlamat utama kita sememangnya untuk mewujudkan kesedaran tentang haiwan terbiar khasnya di Ipoh," katanya.
Antara kenderaan klasik yang menyertai program Rentas Peninsular 2023. - Astro AWANI
Antara kenderaan klasik yang menyertai program Rentas Peninsular 2023. - Astro AWANI
Beliau berkata, pihaknya pada masa hadapan turut berhasrat untuk meneruskan program bagi menyalurkan sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
"Jika program ini berjaya, pada masa hadapan kita berhasrat untuk meneruskan program yang tidak hanya terhad kepada haiwan terbiar tetapi turut menyalurkan kepada beberapa NGO lain yang memerlukan.
"Ada cadangan untuk kami memberikan dana kepada anak yatim melalui satu masjid, jadi kemungkinan besar itu yang akan kita akan laksanakan tahun hadapan," katanya.
Topic Berkaitan
#kereta klasik
#pusat haiwan
#Papansouls
#dana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan