MELAKA: Pengunjung ke Melaka kini disajikan dengan satu lagi tarikan di Banda Hilir iaitu replika durian gergasi yang bersaiz 6.3 meter tinggi.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Santhara Kumar berkata replika itu adalah salah satu usaha Tourism Malaysia untuk menarik kehadiran pengunjung di kawasan berkenaan di samping mempromosikan raja buah tersebut kepada pelancong asing.
"Bagaimanapun kehadiran replika durian gergasi ini tidak sama sekali menjejaskan tapak warisan sejarah ini memandangkan ia diperbuat daripada fiber dan tiada kerja-kerja cerucuk dilakukan.
"Kita faham dan sensitif dengan perkara ini dan beri jaminan replika tersebut tidak menganggu dan hanya diletakkan untuk seketika," katanya kepada media selepas hadir ke program Magical Melaka Food and Fruit Fest 2022 di Banda Hilir di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata kehadiran replika durian gergasi di hadapan Galeri Warisan Kota Melaka adalah mengikut ketetapan peraturan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Ia tidak menjejaskan apa pun kerana tiada struktur kekal serta kerja menanam cerucuk dilakukan. Ia akan kekal selagi mana ia bertahan. Bagi mereka yang menimbulkan isu, boleh semak peraturan UNESCO," katanya.
Dalam pada itu program Magical Melaka Food and Fruit Fest 2022 menawarkan 12 jenis makanan dan minuman pengenalan negeri ini kepada pengunjung bermula semalam hingga 10 malam ini.
Bertempat di Pusat Penerangan Pelancongan Jalan Kota, antara juadah yang ditawarkan adalah Cendol Kampung Hulu, Coconut Shake Batu Berendam dan Kuih Keria Antarabangsa yang dibuka dengan kerjasama Melaka Restaurant and Cafe Owner (MRCO).
Selain juadah kuih dan minuman, produk berasakan durian turut diketengahkan menerusi pelancaran Malaysia International Durian and Cultural Festival.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
Muhammad Jailani berkata kehadiran replika durian gergasi di hadapan Galeri Warisan Kota Melaka adalah mengikut ketetapan peraturan UNESCO. - Foto Facebook/Datuk Muhammad Jailani Khamis
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud bazar Aidilfitri berpusat mulai tahun depan
Jajaran baharu yang dicadang itu akan meliputi kawasan Jalan Jonker hingga Pahlawan Walk, menyediakan ruang niaga yang lebih besar.
Melaka rekod 3.7 juta pelancong suku pertama tahun ini
Antara 60,000 dan 70,000 kenderaan sehari dicatatkan memasuki Melaka setiap hujung minggu, menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung.
Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF
Hasil analisis terhadap sampel kupang dan air yang diambil dari Sebatu menunjukkan kehadiran alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya.
Setahun mentadbir Melaka: 60 inisiatif sentuhan rakyat berjaya dilaksanakan
Barisan ADUN, Exco dan timbalan Exco yang dipilihnya setahun lalu dianggap pemangkin kepada kejayaannya dalam memimpin dan membangunkan Melaka.
Ejek-mengejek punca dua kumpulan pelajar gaduh
Perselisihan faham dan ejek mengejek melibatkan insiden lama dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga cedera dalam pergaduhan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini Jumaat lalu.
Melaka tak berhasrat tambah insentif Aidilfitri kepada penjawat awam negeri
Katanya bantuan khas kewangan kepada kakitangan kerajaan di Melaka telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2024 negeri tahun lepas.
Melaka jamin bekalan air mencukupi semasa Aidilfitri - Ab Rauf
Paras air di Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan merekodkan bacaan lebih 80 peratus dan berada dalam keadaan stabil.
Melaka jadi hos sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China
Melaka akan menjadi tuan rumah sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.