awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
P.Pinang lancar Silicon Research & Incubation Space pacu industri reka bentuk litar bersepadu
BISNES
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
DUNIA
[KOLUMNIS] Ambalat bukan Sipadan: Pengelolaan bersama bukan pengakuan hak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Jerman: Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Osnabruck, 20,000 dipindahkan

Bernama
Bernama
01/07/2025
05:35 MYT
Jerman: Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Osnabruck, 20,000 dipindahkan
Penghadang dipasang di sekeliling salah satu daripada tiga bom tinggalan Perang Dunia Kedua yang bakal dinyah aktif di Cologne, 3 Jun 2025. - Gambar fail/AP
HANOVER (Jerman): Bandar Osnabruck di barat laut Jerman sekali lagi berdepan pemindahan besar-besaran akibat penemuan bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bandar itu menerusi notis singkat pada Isnin malam mengumumkan bahawa bahan letupan jenis Unexploded Ordnance (UXO) itu akan dinyahaktifkan pada Selasa, menyebabkan hampir 20,000 penduduk perlu meninggalkan kawasan pemindahan selewat-lewatnya pada 3 petang (1300 GMT).
Stesen kereta api utama, Hospital St Mary dan Hospital Kanak-Kanak Kristian terletak di kawasan itu.
Menurut laporan, bom UXO itu ditemui semasa pemantauan kerja pembinaan di daerah Lokviertel di bandar itu. Sebuah pusat pemindahan dijangka dibuka pada sebelah petang di sebuah sekolah tempatan.
Ini bukan kali pertama operasi pelupusan bom telah dijalankan di daerah Lokviertel. Dua minggu lepas, sebutir bom seberat 500 kilogram dari Perang Dunia Kedua telah dinyahaktifkan di kawasan itu.
Ketika itu, 11,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan berlaku gangguan pada perkhidmatan kereta api.
Pada November, Februari dan April, bom UXO dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua yang belum meletup turut dinyahaktif di Lokviertel. Sebuah daerah baharu akan dibangunkan di tapak bekas stesen kargo bandar itu, dan kerja pembinaan sering menemukan bom lama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom
#Jerman
#pusat pemindahan
#letupan
#Perang Dunia Kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami