Tanda tanya mengenai kewujudan batu nisan dengan replika kubur yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad di Bukit Kuda, Klang terjawab apabila hasil siasatan Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati ianya bertujuan untuk latihan amali sahaja.
KPM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa pembinaan replika kubur oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan adalah berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam Tingkatan Tiga mengenai 'Pengurusan Jenazah' bagi pelajar beragama Islam.
"Bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga sensitiviti pelajar bukan Islam, KPM telah mengarahkan pihak pengurusan sekolah berkenaan untuk memindahkan replika tersebut ke suatu sudut di kawasan surau sekolah bagi tujuan pembelajaran dan latihan amali," menurut KPM.
KPM juga menyatakan bahawa replika tersebut bukan merupakan perkara wajib untuk diadakan namun ia merupakan inisiatif sekolah berkenaan bagi memberi kefahaman lebih jelas kepada pelajar mengenai tajuk pengajaran.
KPM berkata demikian merujuk kepada laporan media tempatan baru-baru ini bertajuk 'Kenapa Ada Batu Nisan di Sekolah, soal Waytha'. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 11 2017

Pembinaan replika kubur oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan adalah berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam Tingkatan Tiga mengenai 'Pengurusan Jenazah' bagi pelajar beragama Islam.

Kebakaran hutan: Ribuan terpaksa dipindahkan, kualiti udara semakin buruk
Kebakaran itu memaksa 120,000 orang meninggalkan kediaman mereka untuk sementara waktu.

Kriteria tawaran haji tahun 1444H dijangka jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kriteria klasifikasi golongan B40, M40 dan T20 bagi penentuan tawaran mengerjakan ibadah haji tahun 1444H akan dijelaskan oleh Perdana Menteri.

Kanser Shannen Doherty kini merebak ke otak
Bintang Beverly Hills 90210 mengakui ketakutan dan kebimbangannya kini semakin ketara.

Calon SPM boleh semak keputusan bermula 10 pagi ini
Calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Imran Khan dinamakan secara rasmi bersubahat bunuh peguam
Kes itu melibatkan pembunuhan seorang peguam oleh seorang lelaki bersenjata tidak dikenali.

Mesir, UAE akan laksana projek tenaga angin berskala besar - Laporan
Mesir pada Selasa menandatangani perjanjian dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjayakan satu daripada projek tenaga angin terbesar di dunia bernilai AS$10 bilion.

Arab Saudi, AS bincang isu kerjasama serantau, antarabangsa
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berbincang mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu serantau dan antarabangsa.

Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
Hans Isaac merupakan antara 16 individu dari sektor korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan yang dilantik sebagai Anggota Perbadanan PSM.

Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal
Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

KPM benar semula aktiviti luar bilik darjah
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan menerusi surat siaran dan garis panduan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa.

UPSR dan PT3 tidak akan dikembalikan buat masa ini - Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kementerian memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih holistik apabila melibatkan pembangunan pelajar.

Penyediaan makanan bernutrisi di prasekolah perlu diberi penekanan - Dr Nik Raihan
Penyediaan makanan bernutrisi di peringkat pra sekolah perlu diberi penekanan sebagai persediaan sebelum kanak-kanak mengikuti pembelajaran di peringkat rendah.

KPT perlu rangka pelan pembangunan bakat, pembinaan kapasiti untuk tingkat kecekapan - Khaled
Kementerian Pendidikan Tinggi perlu mempunyai pelan pembangunan bakat dan pembinaan kapasiti yang baik untuk meningkatkan kecekapan, kemahiran, tahap profesionalisme dan kecemerlangan kakitangannya.

Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Prof Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Merancakkan enrolmen prasekolah dengan meluaskan akses pendidikan awal
Malaysia terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam meluaskan akses pendidikan awal kanak-kanak, walaupun berdepan cabaran besar pandemik COVID-19.

Pekeliling palsu arah pelajar tonton Anwar: The Untold Story, KPM buat laporan polis - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia menafikan satu pekeliling tular yang mengarahkan warganya termasuk pelajar untuk menonton filem Anwar: The Untold Story.

Keputusan peperiksaan SPM 2022 dikeluar 8 Jun
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) ini.

KPT, KPM akan kerjasama berhubung isu lambakan siswazah perguruan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mencari kaedah berhubung isu lambakan siswazah perguruan di negara ini.

Kenaikan gaji guru: Kelayakan akademik tinggi dalam perbincangan KPM - Fadhlina Sidek
Setakat ini perkara itu telah berada dalam radar perbincangan peringkat KPM sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.