PRAGUE: Republik Czech berkabung pada Sabtu bagi memperingati 14 mangsa yang terbunuh dalam serangan bersenjata di Fakulti Seni Universiti Charles di Prague pada Khamis.
Bendera dikibar separuh tiang dan orang ramai bertafakur selama seminit mengenang kesemua mangsa terkorban dalam serangan pada 12 pagi waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Lapangan terbang antarabangsa Prague juga menghentikan operasi selama seminit.
Media tempatan melaporkan beberapa kedai menjual barangan Krismas di seluruh negara ditutup atau mengehadkan waktu operasi.
Mereka yang terbunuh termasuk ketua Institut Muzik Universiti Charles Lenka Hlavkova, penterjemah dan pakar sastera Finland Jan Dlask dan seorang pelajar Lucie Spindlerova.
Pada Khamis, sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh termasuk penyerang manakala 25 lagi cedera dalam insiden itu.
Ketua Polis Martin Vondrasek berkata lelaki bersenjata berusia 24 tahun itu adalah pelajar di Fakulti Sastera di Universiti Charles.
Kementerian Dalam Negeri menolak kemungkinan bahawa suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana organisasi pengganas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Orang ramai bertafakur selama seminit mengenang mangsa tembakan rambang di hadapan bangunan Fakulti Seni Universiti Charles di Prague, Republik Czech, 23 Dis 2023. (Foto AP)
JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah
Fadillah berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran.
Mohd Rowi dilantik penolong pengurus KDN FC
Pengarah Urusan Eniq World Group Datuk Mohd Rowi Dollah hari ini dilantik sebagai penolong pengurus pasukan Liga Super Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).
Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti.
Hong Kong bakal buka pejabat perdagangan dan ekonomi di Malaysia
Hong Kong bakal membuka Hong Kong Economic & Trade Office (HKETO) di Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
10 Berita Pilihan - (23 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 24 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Isu sekolah daif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar.
Inflasi Singapura kekal stabil pada April 2024
Inflasi teras Singapura mencatatkan 3.1 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah daripada Mac.
APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
APMM Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.
Republik Czech berkabung susulan insiden tembakan di universiti Prague
Bendera dikibar separuh tiang dan orang ramai bertafakur selama seminit mengenang kesemua mangsa terkorban.