awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Resort mewah di Bali jadi tumpuan pernikahan Bunga Citra Lestari, Tiko

Agensi
Agensi
02/12/2023
06:30 MYT
Resort mewah di Bali jadi tumpuan pernikahan Bunga Citra Lestari, Tiko
Ketua Polis daerah menyatakan bahawa belum ada sebarang permintaan bantuan keselamatan berhubung majlis perkahwinan BCL dan Tiko. - Gambar/ IG Bunga Citra Lestari
DENPASAR: Sebuah hotel dan resort mewah yang terletak di Bali, Amankila, kini menjadi tumpuan menjelang pernikahan Bunga Citra Lestari dan Tiko Aryawardhana yang dilaporkan akan dilangsungkan petang ini.
CNN Indonesia melaporkan lokasi pernikahan BCL dan Tiko didedahkan oleh Pengerusi PHRI (Persatuan Hotel dan Restoran Indonesia) Kabupaten Karangasem, Bali, I Wayan Kariasa.
“Ya, memang benar, tetapi majlis itu hanya untuk jemputan sahaja,” kata I Wayan Kariasa pada Jumaat.
"Saya bertanya kepada sumber terdekat, nampaknya akan dilangsungkan di sana [Amankila]," tambahnya.
Menyelenggarakan majlis perkahwinan mewah yang dihadiri artis terkenal tentunya memerlukan keselamatan tambahan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Manggis, Kompol Agung Budiarto menyatakan bahawa belum ada sebarang permintaan bantuan keselamatan berhubung majlis perkahwinan BCL dan Tiko.
"Tiada permohonan buat masa ini, kebiasaannya begitu untuk acara tertutup. Kalau ada permintaan, hotel akan [buat permohonan]. Kami pun belum ada maklumat itu,” katanya.
Sebelum ini, media Indonesia mendedahkan bahawa semua dokumen yang diperlukan untuk pernikahan BCL dan Tiko telah diisytiharkan lengkap oleh Syahrul Muharam, Ketua Kantor Hal Ehwal Agama (KUA) di Mengwi, Kabupaten Badung, Bali.
"Semua dokumen sudah lengkap. Cuma tinggal menjalankan majlis perkahwinan," kata Syahrul Muharam ketika ditemu bual Rabu lalu.
Topic Berkaitan
#Bunga Citra Lestari
#Tiko Aryawardhana
#perkahwinan
#Bali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan